Saturday, 11 September 2021

Memori Anak Felda : Ronda - Ronda

Jika kita pergi ke mana-mana Tanah Rancangan Felda, pasti kita dapat lihat anak bawah umur menunggang dan membonceng motorsikal. Ini bukan perkara baru, malahan zaman aku bersekolah rendah dan menengah pada tahun 90an, perkara ini sudah menjadi kebiasaan kami anak Felda.

Aku sendiri sudah mula pandai menunggang motorsikal pada usia 12 tahun @ Darjah 6. Masa itu, Arwah Abah pakai motor Honda Cup Lampu Petak C70. Walaupun 2 kaki tak sampai jejak tanah, kami anak2 Felda ada skill menunggang sejak usia di bawah umur hehehe. Dari sudut perundangan, ya aku akui salah, tapi kami dulu tak ambil kisah pada masa itu. 

Waktu petang mulai jam 5 petang, sudah menjadi kebiasaan budaya "Ronda2" di dalam Tanah Rancangan Felda. "Ronda2" ini maksudnya sekumpulan anak2 Felda bermotorsikal pusing2 di dalam kawasan Tanah Rancangan.

Ada banyak group dan geng ronda2. Ada group kelas, group blok, group lelaki, group perempuan, group cikaro, group rokok, group muka tak siap, group motor 100 Sport, group 
SS, RXS, RXZ, RG, RGV, Suzuki Best,  group minyak 2T,  group asap wangi, group exzos bising, dan banyak lagi. 

Sekali ronda ada yang sampai berpuluh motorcycle. Mariah kan... Kalu jenis exzos bising mau bingit telinga, kalu group motor asap banyak, dah macam fogging nyamuk hahahaha.

Setiap group ada port masing2, biasanya kat simpang jalan la. Berkumpul ramai2. Inilah culture kami anak2 Felda dulu2. Aku yakin, sekarang pun tradisi budaya ini dipusakai kepada Generasi baru adik2 junior HAHAHA.

Tapi, ada juga yang tiada group dan gang. Lone ranger ronda2 dan pusing2 sendiri. Aku dulu selalu ronda ngan Shahidan (Sekarang dah jadi Guru Cemerlang) dan Azlan ( Sekarang Bos Besar di Yayasan Mara). Shahidan dan Lan bawa moto Yamaha CDI. Arwah Abah dulu ada banyak motor, Honda Petak C70, Yamaha CDI, Kriss 110 & EX5. Kadang2 berebut ngan adik2 Aku, sebab masing2 ada group untuk ronda.

Itulah antara hiburan kami di zaman itu. Isi minyak kat kedai guna petrol dalam botol memang legend. Duit belanja sekolah simpan untuk isi petrol. Kadang2 duit upah kutip biji lerai/relai dan getah sekerap simpan untuk isi minyak petrol sebab nak ronda2 hahahaha.

Indahnya memori dulu2 di Tanah Rancangan Felda, kisah ronda2. 






Thursday, 9 September 2021

Getah Sekerap & Sawit

Getah Sekerap & Biji Lerai 

Hari ini aku terkenang memori getah sekerap dan biji lerai. Sebagai anak Felda dan anak kampung, getah sekerap dan biji lerai sawit bukan asing buat aku.

Rasanya sudah puluhan tahun aku tidak pegang sekerap. Rindu pulak akan kepekatan baunya. Dulu masa zaman sekolah, setiap kali weekend, Arwah Abah akan mintak aku bantu kutip sekerap di kebun kami di Kampung Chemomoi. Bau sekerap nie melekat kat tangan susah mau hilang. Sental dengan asam belimbing la, macam macam jenis asam, bau sekerap tetap ada. Esoknya ke sekolah bau sekerap masih ada hehehehe. 

Bila masa tuai sawit pulak, Arwah Abah juga minta Aku bantu di kebun kami di Felda Kemasul. Aku nie badan kecik je, setandan sawit ada yang boleh cecah 20+Kg. Kepadatan berat dengan nature sawit yang berduri, perlu kan skill mengangkat dan letak dibahu untuk dikumpul di platform. Bayangkan kalu sawit yang lot berbukit, buah yang dituai akan bergolek ke paya, kita perlu pikul untuk letak di platform. Nak tercirit memikulnya hahahaha.

Biji lerai sawit di pangkal pokok perlu dikutip untuk kurangkan kita rugi berat dan perahan minyak. Nak kutip, Kita kena mencangkung dan terbongkok-bongkok. Rasa nak tercabut pinggang hehehehe.

Sungguhpun, dari kecil aku sering ke kebun getah dan sawit, Aku masih gagal untuk capai skill menoreh getah @ tapping dan kait sawit @ harvesting. Ini memang perlu kan skill tertentu. Sebab itu, kerja aku kutip sekerap, angkut buah n kitup biji lerai sahaja.

Bila teringat, rindu suasana dulu-dulu. Terima Kasih buat Arwah Abah dan Mak atas pengalaman, pengajaran dan asuhan. Dalam darah ini mengalir hasil sekerap dan sawit. 

Aku budak sekerap dan sawit.

Monday, 30 August 2021

MERDEKA


Tanggal 24 Ogos 1511,
Detik Sedih Malapetaka Bangsa,
Kerajaan Berdaulat Melaka Rebah Tersungkur,
Oleh Bala Tentera Si Bedebah alfonso de albuquerque,
Angkara Belotnya si kitol Durjana.

Walau Diusir,
Darah Bangsa Pantang Mengalah,
Serangan Dibalas Bertahun-Tahun,
Sultan Mahmud Shah Pantang Menyerah,
Laksamana Hang Nadim Mengatur Langkah,
Sultan Abdul Jalil, Sang Naya, Sultan Alauddin Al-Qahar, Sultan Ali Riayat Shah, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam Dan Marhaein Bangsa Tiada Rasa Kalah,
Terus Menerus Juang Tentang Penjajah,
Walau Menang Tiada Tiba Munculnya,
Kental Jiwa Hunus Senjata,
Hingga Kering Darah Dan Keringat,
Tunduk Pada portugis Tidak Sekali.

Giliran Belanda Menerus Petaka,
Pantang Melayu Berpeluk Tubuh,
Orang Naning Awal Bertindak,
Kulup Ali Di Perak Atur Pencak,
Syahidnya Raja Haji Di Teluk Ketapang,
Melayu Johor, Selangor, Riau Dan Siak,
Enggan Tunduk belanda Bedebah,
Biar Badan Berpisah Dari Tubuh,
Hanya Nyawa Galang Ganti.

Hadir Pula Giliran Durjana Inggeris,
Bangsa Kita Dikotak Katik,
11 Ogos 1786 Pulau Pinang Tergadai,
16 Februari 1819 Giliran Singapura Mula Digenggam,
Tanggal 17 Mac 1824 Inggeris Dan Belanda Ikat Janji,
Perjudi Nasib Tanah Melayu Dan Kepulauannya,
Umpama Tanah Air Bangsa Mereka Punya,
Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874 Jadi Saksi,
Rakusnya Penjajah Mengaut Kayanya Bumi Ini.

Musuh Sentiasa Terus Mengkaji,
Mencari Kelemahan Bangsa Ini,
Bagai Duri Meliar Di Tusuk Tubuh,
Bagai Api Dalam Sekam,
Ambil Peluang Mencari Ruang,
Adu Domba Bagai Iblis Wajah Manusia.

Pemimpin Kerabat Balah Kuasa,
Penjajah Cucuk Jarum Tambah Perisa,
Bagi Bantuan Muslihat Punya Makna,
Puak Yang Menang Peroleh Takhta,
Menang Sorak, Tergadai Akhirnya.

Sistem Residen Dijual Modal,
Kuasa Takhta Nampak Di Mata,
Sedang Tangan Diikat,
Maruah Dijerut,
Maruah Kita Tersiratnya Dihina.

Namun, Bangsa Ini Ada Pejuang
Tidak Gentar Walau Terbuang
Penghulu Naning Dol Said Jiwa Membara,
Maharaja Lela, Tok Sagur, Pak Endut, Seputum, Sultan Abdullah Dan Ngah Ibrahim Mengajar Cara Beradap Kepada Si Biadap birch,
Tok Gajah, Mat Milau Dan Dato Bahaman Ibarat Arus Sungai Pahang,
Tenang Di Atas Deras Di Dalam,
Tok Janggut Berani Berontak Di Kelantan,
Abd Rahman Limbong Menentang Di Terengganu,
Rentap, Banting, Sharif Masahor Dan Asun Di Sarawak,
Mat Saleh Dan Rundum Di Sabah.

Bangsa Ini Juga Pernah Di Jajah jepun,
Dalam Tempoh Perang Dunia Ke 2,
Bangsa Ini Terus Dihina,
Sepak, Terajang, Pancung Sesuka
Zalim Berlaku Depan Mata.

komunis Hadir Tempoh Sekelip Mata,
Mengambil Peluang Ruang Yang Ada,
Ideologi Marx Dijunjung Kepala,
Buat Onar Dalam Negara.

british Kembali Bagai Tuan Tanah,
Bagai Tanah Ini Pusaka Mereka,
Bangsaku Telah Belajar Hikmah
Merdeka Ditagih Nyah Penjajah.

446 Tahun Kita Diratah,
Identiti Asal Hampir Musnah,
Teras Bangsa Lama Terjajah,
Akidah Islam Utuh Tanpa Mengalah.

Kita Doakan Pada Pejuang,
Patriot Negara Pusaka Bangsa,
Darah Yang Tumpah Syahid Harganya,
Moga Syurga Ganjaran Di Sana.

Kini,
Fizikal Kita Telah Merdeka,
64 Tahun Tanpa Penjajah,
Kita Bangun Kekadang Rebah,
Ayuh Bangsaku Usah Mengalah.

Kini,
Hakikat Nya, Benarkah Kita Merdeka,
Apa Tersurat Dan Tersirat Nya Merdeka.

Kini,
Adakah Tiada Lagi Penjajah,
Atau Kita Masih Terjajah,
Terjajah Minda, Ekonomi, Sosial, Ideologi Dan Tingkah,
Tepuk Dada Tanya Iman,
Semua Mahu Jadi Ketua,
Usah Sampai Harta Tergadai,
Apa Guna Sorak Beramai.

Esok,
Bagaimana Tanah Air
Bagaimana Dengan Bangsa
Bagaimana Junjungnya Agama
Bagaimana Dengan Kuasa.

Adakah Kita Cukup Sedia!
Merdeka!!!!










Friday, 20 August 2021

Nombor Wahid

Nombor Wahid

Apa Rasa Nombor Wahid
Bangga Jika Nombor Wahid
Semua Kejar Nombor Wahid
Senyum Puas Di Wajah Wahid.

Amanah Itu Nombor Wahid
Berat Tanggungjawab Mu Wahai Si Wahid
Marhaein Menagih Pimpinan Mu Wahid
Laksanakan Tugas Mu Sebaiknya Wahid.

Adakah Tampuk Hakiki Kekal Wahid
Ujian Besar Menanti Mu Wahid
Harapan Dan Doa Buatmu Wahid
Ingat Hanya Yang Esa Kekal Wahid.

Sunday, 20 June 2021

Abah

Aku melihat di media sosial, hari ini majoriti menzahirkan Hari Bapa tanda penghargaan kepada bapa masing2. Rasa cemburu terdetik di hati, Abah sudah tiada lagi di dunia ini.

Lantas aku terkenang Arwah Abah, orang nya sederhana, penyayang, kuat semangat dan kuat pegangan agama. Seorang Peneroka Felda yang berkelana membawa diri mencuba nasib dari Negeri Jelapang Padi di Utara berhijrah ke Selatan Perak dan akhirnya melebar tapak di Felda Kemasul, Triang, Pahang.

Entah mengapa aku seakan kelu untuk mencoret kisah berkaitan Abah. Abah insan terbaik yang Allah anugerahkan kepada kami sekeluarga. Terasa terlalu awal Abah pergi tanpa aku sempat berbakti, namun kami redha ketentuan Ilahi.

Tidak terhitung memori indah bersama Abah, biarla ianya tersemat dan terpasak di dalam hati. Setiap doaku, moga Arwah Abah Hj Ab Karim bin Hj Ahmad ditempatkan bersama Orang Beriman dan semua Kami keturunannya bersama di Syurga.

Abah bukan sahaja Bapa Dan Ketua Keluarga Kami. Tapi Abah adalah Idola, Penyelamat & Hero Kami. 

Abah Sentiasa Ada Bersama Kami.

Al Fatihah. 



Thursday, 10 June 2021

24 Tahun Lalu

Hari ini keputusan SPM telah diumumkan. Pasti ada yang tersenyum girang, ada yang melompat, ada yang terkinja kepuasan kerana capai keputusan yang bagus. Namun, sudah tentu ada yang meraung, menangis, berguling kerana mendapat keputusan yang mengecewakan. Terdapat juga yang seakan tiada perasaan, biasa2 aje hehehe. Selain pelajar itu sendiri, emosi juga terkesan kepada ibu bapa, keluarga, guru, sekolah dan rakan2.

Lantas aku cuba mengimbau memori 24 tahun lalu di tahun 1997 semasa keputusan SPM 1996 keluar. Tergambar wajah Arwah Abah, Mak, Cikgu2 Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi (SMKC), kawan2 terutamanya Kelas 5 Firdaus dan semua kawan lain di SMKC. Cepatnya masa berlalu... Rasa macam semuanya baru sahaja berlalu, namun hakikatnya sudah 24 tahun kenangan itu berlaku.

Malam sebelum keputusan diumum, aku tidak keruan, gelisah, takut, gentar dan bermacam rasa emosi. Mata enggan lena, kepala merewang memikir apa hasil esok hari... Baguskah ? Terukkah ? Atau biasa2 ?

Kalau track record UPSR berulang... Ahhhh aku tidak sanggup. Kalau record PMR, biasa2 ajer... Hmmm aku terus berkata dalam hati. Seksa nya menunggu esok hari, rasa nak ajer malam buta nie aku ke sekolah ambil results hahahaha.

Sekolah aku boleh tahan juga hujungnya dalam daerah Bentong, Pahang. Pagi itu, aku bertambah gentar. Takut nak ambik result. Sampai aku cakap kat Arwah Abah, Abah jer la pergi ambil. Rupanya Arwah lebih semangat. Arwah ke sekolah pagi hari, rupanya result tak sampai lagi, Cikgu belum lagi sampai dari PPD Bentong. Makin berdebar... Makin laju rasanya degup jantung. Dalam tengahari, seingat aku kawan sekelas 5F iaitu Jet, Lee, Usu & Shahidan datang rumah, depa bagi tau result aku..... Aku terkujat... Tak tau nak bagi reaksi apa... Nak happy ke... Nak kecewa ke..... Spontan keluar perkataan Alhamdulillah dari mulut aku. Tapi masih berdebar... Belum tentu betul lagi apa depa cakap... Mungkin depa salah tengok.... 

Aku gagahi juga ambil kunci moto Yamaha CDI hitam Ku.... Terus melucur ke SMKC yang jaraknya sekitar 7KM. Sesampai di sekolah, Aku di sapa Cikgu Sam... Dia ucap "Tahniah" ... Aduhhh..... Cikgu salah orang kot.... Aku cuba menafi dalam hati. Sampai melangkah ke Office Sekolah.

Sampai di pintu Office, aku nampak Pengetua senyum Dan ucap Tahniah.... aku ambik slip... Alhamdulillah...... Dalam kepala aku terbayang muka Abah n Mak. Aku sempat jumpa beberapa Cikgu. Tiada apa Yang mampu aku lafazkan.... Aku cuma mampu ucap TERIMA KASIH CIKGU.

Aku cepat2 balik nak bagi tau Abah Dan Mak. Tersenyum Wajah Abah Mak. TERIMA KASIH ABAH MAK.

Aku nak bagi tau, keputusan aku tak la cemerlang mana pun. Tapi Aku Bersyukur dengan keputusan yang aku dapat. Hasil yang aku tuai. Keputusan aku tidak la sehebat kawan2 lain di SMKC seperti Haryati, Nazir @ Jet dan ramai lagi. Malah jauh lebih rendah keputusan aku berbanding kawan2 lain seperti Fadzli, Yusri, Fauzi, Fazliaton, Shahron dan ramai lagi dari Sekolah yang hebat MRSM, Sek Sains, Teknik, Semak Bakti dan lain2.

Masa itu, sekolah adakan majlis meraikan kami. Terima Kasih SMKC, Cikgu2 SMKC, Kawan2 5F, kawan2 SMKC, Masyarakat Felda Kemasul n Chemomoi. Sudah tentu, penghargaan tertinggi buat Arwah Abahku Hj Ab Karim Ahmad n Mak Hjh Rukiah Ishak. Al Fatihah buat Abah.

Berbekalkan result SPM, aku dapat tawaran ke UTM Skudai dalam jurusan Mgmt Accounting. Alhamdulillah... Tidakla sehebat teman2 lain.

Maaf jika nukilan ini keterlaluan. Bukan untuk membongak.... Sekadar berkongsi rasa, mengimbau memori lama.... Bila terkenang buat aku senyum sendiri, sedih dan rindu kenangan lama. 

Biar siapa Kita hari ini.... Kita semua sama sahaja... Aku rindu memori dulu2....... 

Friday, 29 January 2021

Apa Makna Statistik Ini

Hari ini terdapat 2 data statistik yang membuat kita kaget iaitu:-

1. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 : Malaysia Jatuh Ke Tangga 57.

Malaysia jatuh enam anak tangga ke kedudukan ke-57 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi 2020.

Mengapa indeks ini merudum ? Rating yang buat kita menung, pening, geram, malu, dan lain2 rasa.

2. Jumlah kes covid-19 harian tertinggi iaitu 5,725 kes. 

Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi apabila 5,725 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencecah 203,933 kes.

Data statistik yang menggerunkan, menggusarkan & menakutkan. Dalam tempoh PKP dan PKPB di sebahagian besar negeri dalam negara,  jumlah kes menunjukkan trend peningkatan yang mendadak. Apa makna  significant nya dengan keputusan data statistic ini ? 

Ayuh kita berdoa moga Allah membantu menyelamatkan Malaysia dan warganya secara khusus dan seluruh dunia secara amnya.