Thursday, 17 November 2022

Pengundi Muda Dun Pelangai & Parlimen Bentong

Merujuk kepada data statistik laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di laman  https://dashboard.spr.gov.my/#!/dun/06/N.36 , berikut adalah maklumat Daftar Pengundi PRU15 bagi Dun N36 Pelangai dan P89 Bentong seperti statistik yang saya ringkaskan pada jadual di bawah:-



Jumlah pengundi berdaftar di Dun Pelangai adalah seramai 16,371 orang, manakala pengundi Parlimen Bentong adalah sebanyak 87,058 orang. Saya pecahkan kumpulan pengundi kepada 3 kelompok utama iaitu:-

    1. Kumpulan Pengundi Di Bawah Umur 40 Tahun.
    2. Kumpulan Pengundi 40 Hingga 59 Tahun.
    3. Kumpulan 60 Tahun Ke Atas.

Jika kita perhalusi, trend peratus kumpulan pengundi di Dun Pelangai dan Parlimen Bentong menunjukkan jumlah peratusan yang sama. Kumpulan 1 bagi Dun Pelangai  dan Parlimen Bentong  adalah antara 46% hingga 47%. Kumpula 2 di Dun Pelangai dan Parlimen Bentong pula adalah 32%. Kumpulan 3 pula antara 19% dan 20%.

Ini jelas memberi gambaran bahawa penentu kemenangan bagi kedua-dua kerusi adalah undi dari Kumpulan 1 iaitu pengundi yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. Kemungkinan juga sebahagiannya adalah pengundi buat kali pertama !!!. Maknanya mereka adalah king maker.

Seharusnya semua calon dan parti yang bertanding untuk kedua-dua kerusi memberikan lebih tumpuan dan tawaran untuk menambat hati pengundi muda. Apa permintaan utama pengundi muda ? Sudah tentunya aspek ekonomi, peluang pekerjaan, kemudahan asas, teknologi, ruang perniagaan, pakej pertanian/penternakan, perumahan belia, pengagihan tanah dan banyak lagi. Disamping itu, isu nasional seperti isu bangsa, agama, kepimpinan, rasuah, tadbir urus, ekonomi, kos sara hidup, inflasi, moral dan banyak lagi isu juga pasti menjadi kayu pengukur di kalangan pengundi muda di dalam membuat pemilihan serta keputusan pemangkahan.

Adakah semua calon memberikan tumpuan pada perkara tersebut? Atau masih mempertaruhkan ideologi dan isu konvensional ? Adakah cara menjual manifesto serta janji-janji manis masih menggunakan cara terdahulu yang diwarisi sejak dulu ? Zaman kini makin canggih, kempen cara alaf baru pasti lebih meluas, sistematik dan berteknologi menggunakan media sosial. Adakah calon memanfaatkannya ? tahniah buat calon yang terkehadapan. 

Namun, apa yang lebih pentingnya, apakah mood pengundi muda Dun Pelangai dan Parlimen Bentong? Adakah kehendak mereka sebenarnya ? Adakah keputusan pemangkahan mereka dipengaruhi oleh isu Nasional, Negeri atau isu tempatan ? 

Buat pengundi muda, saya yakin kalian cukup matang serta mampu berfikir secara rasional untuk membuat pilihan yang terbaik. Gunakan ruang dan peluang ini untuk laksanakan tanggungjawab kalian sebaik mungkin selari dengan indahnya sistem demokrasi yang Malaysia amalkan. Usah takut untuk membuat keputusan !!!. Ayuh, turun ramai-ramai pada 19hb untuk menentukan siapa 'Pemimpin' untuk kita wakilkan suara kita di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Buat bakal YB yang terpilih secara rasmi pada 20hb nanti, laksanakan tugasan anda dengan Amanah, Berintegriti, Adil dan Bervisi untuk membawa suara kami anak Pelangai dan Bentong. Kita sedia maklum, Dun Pelangai khususnya kelihatanya agak 'terkebelakang' dari beberapa aspek yang perlu diberi lebih perhatian, tumpuan dan perancangan jangka pendek/ Sederhana/ Panjang. 

Bakal YB yang rasmi diistiharkan sebagai Pemenang adalah YB untuk semua rakyat , bukan YB untuk kumpulan tertentu sahaja. Tugasan berat menanti buatmu Bakal YB. Selamat Maju Jaya YB.


Pelangaiku, Bentongku.


Khairizal Ab Karim

17/11/2022

 

  
 




Sunday, 6 November 2022

FELDA KEMASUL, DUN PELANGAI & PARLIMEN BENTONG

FELDA KEMASUL, DUN PELANGAI & PARLIMEN BENTONG 

Daripada 222 kerusi Parlimen yang ditandingi, 54 kawasan Parlimen mempunyai kawasan penempatan FELDA.

Dianggarkan, 1.5 juta pengundi di 317 kawasan penempatan FELDA akan menunaikan tanggungjawab mereka pada PRU15, 19 November ini.

Daripada 54 kerusi Parlimen itu, Jempol memiliki paling banyak kawasan FELDA iaitu 26 kawasan, diikuti Parlimen Rompin dan Kuala Krau, masing-masing 15 kawasan; Jerantut, Paya Besar dan Bera, masing-masing 14 kawasan; Jelebu, 13 kawasan serta Maran, Mersing dan Pengerang, masing-masing 12 kawasan.

Secara Peribadi, saya adalah Generasi Ke 2 dan 3 Felda iaitu anak Peneroka Felda Kemasul, Triang Pahang dan cucu Peneroka Felda Sungai Behrang, Slim River, Perak.

Sejak cukup umur yang melayakkan diri untuk "Memangkah", tempat pembuangan Undi adalah Di Felda Kemasul iaitu di dalam Dun Pelangai dan Parliamen Bentong. Walaupun telah berhijrah sejak usia 18 tahun, saya terus setia "Memangkah" di Felda Kemasul.

Saya tidak mahu mengulas kecenderungan pemangkahan, saya hormati kepelbagaian fahaman politik Di kalangan teman2, sahabat2, saudara-mara dan penduduk Felda. Dun Pelangai ini adalah kawasan yang terdiri daripada kampung tradisional dan Tanah Rancangan Felda. Pada PRU14, Dun Pelangai dimenangi oleh BN iaitu Dato Sri Diraja Adnan Yaakob dengan majority undi 2312 sahaja, berbanding Calon dari PH Cikgu Nor Haizan dan Calon Pas Zaharim Osman. Manakala Parliamen Bentong dimenangi oleh Wong Tuck dari PH dengan majority kecil iaitu 2023 Undi berbanding Calon BN Dato Sri Liow Tiong Lai Dan Calon Pas Balasubramaniam.

Itu fakta sejarah PRU14, kini senario pasti berbeza pada PRU15, Bagi Dun Pelangai, penyandang nya tidak lagi bertanding, semua calon adalah calon kali pertama dicalonkan. Datuk Seri Johari Harun (Barisan Nasional), Isa Ahmas (Pejuang), Ahmed Wafiuddin Shamsuri (Pakatan Harapan) Dan Cikgu Kasim Samat (Perikatan Nasional). Bagi Parliamen Bentong pula, lebih drama, Ahli Parliamen yang lepas iaitu Wong Tuck kini menjadi Calon bebas akan berdepan dengan Tiong Lai (BN), Young Syefura (PH), Roslan Hassan (PN) dan sorang lagi Calon bebas Achik Khalil.

Jika trend PRU14 kekal, pengundian PRU15 pasti lebih sengit. Disamping sentimen isu diperingkat Nasional, sentimen Calon anak watan tempatan pasti menarik minat pengundi. 

Secara peribadinya juga, saya masih menantikan Manifesto specific untuk Dun Pelangai dan Parliamen Bentong dari semua calon yang bertanding untuk penilaian. Sejujurnya, Dun Pelangai terutamanya memerlukan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian segera oleh BAKAL WAKIL RAKYAT yang dipilih:-

1. Peluang Pekerjaan. Ketiadaan sektor khusus yang boleh menarik pelabur, perniagaan dan seumpamanya telah menyebaban ruang sektor Pekerjaan terlalu terhad kepada generasi belia. 

2. Keterbatasan Agensi Kerajaan di Dun Pelangai. 

3. Sektor Pertanian, Penternakan perlu diperkasakan dengan pelbagai inisiatif khusus untuk menarik minat belia menceburinya secara komersial.

4. Kemudahan asas yang masih perlu dinaik taraf.

5. Perumahan Generasi Kedua Felda.

Saya tidak menafikan, fasiliti asas telah sedia ada, namun masih ditahap yang terlalu asas dan masih ada ruang untuk ditambahbaik dan dilebarluaskan. 

Biar siapapun yang terpilih menjadi YB di Dun Pelangai dan Parliamen Bentong, saya mengharapkan, usah memandang sepi kawasan Kami, masyarakat di sini memerlukan lebih lagi lonjakan seiring dengan kawasan2 lain baik di negeri Pahang sendiri atau kawasan2 lain yang berhampiran.

Sekalung terima Kasih saya ucapkan kepada Adun Dan Ahli Parliamen terdahulu atas khidmat jasa, namun, secara Peribadi saya mengharapkan lebih dari apa yang telah sedia ada.

Buat Pengundi, laksanakan tanggungjawab kita dengan baik, buat keputusan yang bijak dan rasional, agar YB yang kita PANGKAH dapat menjalankan AMANAH, TANGUNGJAWAB, KOMPITEN, BERKELAYAKAN, FOKUS, JELAS, BERVISI untuk membawa suara kita bagi menjadikan Dun Pelangai maju, harmoni, lengkap kemudahan, ruang Pekerjaan dan selesa buat seluruh warganya.

Sebagai Generasi Ke dua Felda Kemasul, masih banyak ruang yang perlu diperkasakan. Saya hormati seluruh Pimpinan setempat dan teman2 Generasi Ke Dua, namun Suara yang lebih "Segar" perlu ditonjolkan.

Dalam kita berkempen, usah kita bermusuh, memfitnah, melontar kata hina, boikot, atau seumpamanya. Kita raikan perbedaan pandangan, kita hormati pendirian setiap individu kerana itulah manisnya sistem Demokrasi. Akhirnya, siapa juga Pemenang perlu diterima dengan lapang dada, namun YB TERPILIH laksanakan AMANAH dengan ikhlas, jujur, integrity dan Adil.

Kemasul Di Hati, Pelangai Di Sayangi, Bentong Disanjungi.

Khairizal Ab Karim
 7/11/2022

Tuesday, 1 November 2022

SELOKA UNDI

SELOKA UNDI

Paluan Gendang Telah Bergema,
Gelanggang Pencak Rasmi Dibuka,
Sana Sini Gegak Gempita,
Semua Mahu Puncak Tahta.

Asas Demokrasi Perlu Dihormati,
Peluang Terbuka Untuk Semua,
Padang Sama Rata Terhidang Kini,
Kuasa Majoriti Penentu Pemenangnya.

Calon Terhidang Menagih Undi,
Kuasa Memangkah Ditentukan Rakyat,
Jualan Manifesto Kami Nanti,
Jika Mungkir, Jawab Di Akhirat.

Tempoh Kempen Janji Ditabur,
Jangan Anggap Kami Dungu,
Usah Bongkak Usah Takbur,
Satu Undi Pemenang Ditentu.

Usah Bicara Tinggi Melangit,
Berdentum Dentam Gegak Gempita,
Goreng Jangan Sampai Hangit,
Bagai Penentu Syurga Neraka.

Saling Hormat Saling Hormati,
Jaga Adap Sopan Susila,
Berbeda Pandangan Itukan Demokrasi,
Jangan Mencaci Mulut Puaka.

Pilihan Terhidang Tanpa Dipaksa,
Pemimpin Yang Mana Jadi Pilihan,
Tanahair Ini Warga Yang Punya,
Tanggungjawab Ini Kita Putuskan.

Apakah Ciri Yang Kita Mahukan,
Iman Dan Waras Jadi Rujukan,
Berbeza Warna Fahaman Kita Raikan,
Silaturahmi Insan Jangan Putuskan.

Bukan Hanya Penentu Ketua,
Kami Mahu Memilih Pimpinan,
Amanah Terhidang Memacu Negara,
Moga Allah Makbulkan Pekenan.

kak
1/11/22