Daripada 222 kerusi Parlimen yang ditandingi, 54 kawasan Parlimen mempunyai kawasan penempatan FELDA.
Dianggarkan, 1.5 juta pengundi di 317 kawasan penempatan FELDA akan menunaikan tanggungjawab mereka pada PRU15, 19 November ini.
Daripada 54 kerusi Parlimen itu, Jempol memiliki paling banyak kawasan FELDA iaitu 26 kawasan, diikuti Parlimen Rompin dan Kuala Krau, masing-masing 15 kawasan; Jerantut, Paya Besar dan Bera, masing-masing 14 kawasan; Jelebu, 13 kawasan serta Maran, Mersing dan Pengerang, masing-masing 12 kawasan.
Secara Peribadi, saya adalah Generasi Ke 2 dan 3 Felda iaitu anak Peneroka Felda Kemasul, Triang Pahang dan cucu Peneroka Felda Sungai Behrang, Slim River, Perak.
Sejak cukup umur yang melayakkan diri untuk "Memangkah", tempat pembuangan Undi adalah Di Felda Kemasul iaitu di dalam Dun Pelangai dan Parliamen Bentong. Walaupun telah berhijrah sejak usia 18 tahun, saya terus setia "Memangkah" di Felda Kemasul.
Saya tidak mahu mengulas kecenderungan pemangkahan, saya hormati kepelbagaian fahaman politik Di kalangan teman2, sahabat2, saudara-mara dan penduduk Felda. Dun Pelangai ini adalah kawasan yang terdiri daripada kampung tradisional dan Tanah Rancangan Felda. Pada PRU14, Dun Pelangai dimenangi oleh BN iaitu Dato Sri Diraja Adnan Yaakob dengan majority undi 2312 sahaja, berbanding Calon dari PH Cikgu Nor Haizan dan Calon Pas Zaharim Osman. Manakala Parliamen Bentong dimenangi oleh Wong Tuck dari PH dengan majority kecil iaitu 2023 Undi berbanding Calon BN Dato Sri Liow Tiong Lai Dan Calon Pas Balasubramaniam.
Itu fakta sejarah PRU14, kini senario pasti berbeza pada PRU15, Bagi Dun Pelangai, penyandang nya tidak lagi bertanding, semua calon adalah calon kali pertama dicalonkan. Datuk Seri Johari Harun (Barisan Nasional), Isa Ahmas (Pejuang), Ahmed Wafiuddin Shamsuri (Pakatan Harapan) Dan Cikgu Kasim Samat (Perikatan Nasional). Bagi Parliamen Bentong pula, lebih drama, Ahli Parliamen yang lepas iaitu Wong Tuck kini menjadi Calon bebas akan berdepan dengan Tiong Lai (BN), Young Syefura (PH), Roslan Hassan (PN) dan sorang lagi Calon bebas Achik Khalil.
Jika trend PRU14 kekal, pengundian PRU15 pasti lebih sengit. Disamping sentimen isu diperingkat Nasional, sentimen Calon anak watan tempatan pasti menarik minat pengundi.
Secara peribadinya juga, saya masih menantikan Manifesto specific untuk Dun Pelangai dan Parliamen Bentong dari semua calon yang bertanding untuk penilaian. Sejujurnya, Dun Pelangai terutamanya memerlukan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian segera oleh BAKAL WAKIL RAKYAT yang dipilih:-
1. Peluang Pekerjaan. Ketiadaan sektor khusus yang boleh menarik pelabur, perniagaan dan seumpamanya telah menyebaban ruang sektor Pekerjaan terlalu terhad kepada generasi belia.
2. Keterbatasan Agensi Kerajaan di Dun Pelangai.
3. Sektor Pertanian, Penternakan perlu diperkasakan dengan pelbagai inisiatif khusus untuk menarik minat belia menceburinya secara komersial.
4. Kemudahan asas yang masih perlu dinaik taraf.
5. Perumahan Generasi Kedua Felda.
Saya tidak menafikan, fasiliti asas telah sedia ada, namun masih ditahap yang terlalu asas dan masih ada ruang untuk ditambahbaik dan dilebarluaskan.
Biar siapapun yang terpilih menjadi YB di Dun Pelangai dan Parliamen Bentong, saya mengharapkan, usah memandang sepi kawasan Kami, masyarakat di sini memerlukan lebih lagi lonjakan seiring dengan kawasan2 lain baik di negeri Pahang sendiri atau kawasan2 lain yang berhampiran.
Sekalung terima Kasih saya ucapkan kepada Adun Dan Ahli Parliamen terdahulu atas khidmat jasa, namun, secara Peribadi saya mengharapkan lebih dari apa yang telah sedia ada.
Buat Pengundi, laksanakan tanggungjawab kita dengan baik, buat keputusan yang bijak dan rasional, agar YB yang kita PANGKAH dapat menjalankan AMANAH, TANGUNGJAWAB, KOMPITEN, BERKELAYAKAN, FOKUS, JELAS, BERVISI untuk membawa suara kita bagi menjadikan Dun Pelangai maju, harmoni, lengkap kemudahan, ruang Pekerjaan dan selesa buat seluruh warganya.
Sebagai Generasi Ke dua Felda Kemasul, masih banyak ruang yang perlu diperkasakan. Saya hormati seluruh Pimpinan setempat dan teman2 Generasi Ke Dua, namun Suara yang lebih "Segar" perlu ditonjolkan.
Dalam kita berkempen, usah kita bermusuh, memfitnah, melontar kata hina, boikot, atau seumpamanya. Kita raikan perbedaan pandangan, kita hormati pendirian setiap individu kerana itulah manisnya sistem Demokrasi. Akhirnya, siapa juga Pemenang perlu diterima dengan lapang dada, namun YB TERPILIH laksanakan AMANAH dengan ikhlas, jujur, integrity dan Adil.
Kemasul Di Hati, Pelangai Di Sayangi, Bentong Disanjungi.
Khairizal Ab Karim
7/11/2022
No comments:
Post a Comment