Tuesday, 1 November 2022

SELOKA UNDI

SELOKA UNDI

Paluan Gendang Telah Bergema,
Gelanggang Pencak Rasmi Dibuka,
Sana Sini Gegak Gempita,
Semua Mahu Puncak Tahta.

Asas Demokrasi Perlu Dihormati,
Peluang Terbuka Untuk Semua,
Padang Sama Rata Terhidang Kini,
Kuasa Majoriti Penentu Pemenangnya.

Calon Terhidang Menagih Undi,
Kuasa Memangkah Ditentukan Rakyat,
Jualan Manifesto Kami Nanti,
Jika Mungkir, Jawab Di Akhirat.

Tempoh Kempen Janji Ditabur,
Jangan Anggap Kami Dungu,
Usah Bongkak Usah Takbur,
Satu Undi Pemenang Ditentu.

Usah Bicara Tinggi Melangit,
Berdentum Dentam Gegak Gempita,
Goreng Jangan Sampai Hangit,
Bagai Penentu Syurga Neraka.

Saling Hormat Saling Hormati,
Jaga Adap Sopan Susila,
Berbeda Pandangan Itukan Demokrasi,
Jangan Mencaci Mulut Puaka.

Pilihan Terhidang Tanpa Dipaksa,
Pemimpin Yang Mana Jadi Pilihan,
Tanahair Ini Warga Yang Punya,
Tanggungjawab Ini Kita Putuskan.

Apakah Ciri Yang Kita Mahukan,
Iman Dan Waras Jadi Rujukan,
Berbeza Warna Fahaman Kita Raikan,
Silaturahmi Insan Jangan Putuskan.

Bukan Hanya Penentu Ketua,
Kami Mahu Memilih Pimpinan,
Amanah Terhidang Memacu Negara,
Moga Allah Makbulkan Pekenan.

kak
1/11/22

No comments:

Post a Comment