Tuesday, 23 September 2025

Kawan Sekolahku

Tiga dekad berlalu, namun ingatan tentang zaman persekolahan di SMKC semasa Tingkatan 4F dan 5F masih segar ibarat semalam berlalu. Wajah-wajah kawan seperti Usu, Lee, Rizal, Akhbar, Shahidan, Lan, Jet, Amad, dan Arwah Kizam sering terlintas di fikiran. Begitu juga dengan geng perempuan D'Snail – Yati, Azlina, Zaida, Roslina, Norezah, Norizan dan beberapa nama yang mungkin memori sudah simpan dalam ‘fail arkib lama’. Setiap daripada mereka meninggalkan kenangan tersendiri, dari yang paling lucu hingga yang paling menyentuh hati.

Petang-petang hari menjadi budaya tradisi anak Felda, kami gang lelaki akan ‘konvoi’ naik motor kapcai sambil ronda keliling Felda, konon nak cari ilham untuk study group, walhal lebih kepada lawatan habiskan minyak moto hehehehe. Latihan dikir tahun 1995 kami berkumpul siang dan malam, diselang seli gelak tawa dan 'testing' suara sumbang. 

Usu dengan gaya Ketua Pelajar, Alhamdulillah karektor nya sesuai dengan Kerjaya beliau sekarang sebagai Pegawai Atasan Tentera. Lee kami anggap Abang Long dalam Kumpulan, cool orangnya, kini Officer Besar di KWSP. Jet dengan style nya tersendiri dengan sosok badan sasa, kini Bos Besar Perodua. Shahidan dulu agak kalut sikit, rapat dengan aku, senang bersahabat dengannya, kini menjadi Pendidik ynag hebat. Akhbar agak pendiam, berulang dengan motor SS Biru dari Pelangai, kami sama2 Ke UTM Skudai selepas SPM, kini khabarnya menjadi Orang Besar di MDB, Azlan, antara member yang suka senyum, cakapnya sopan, kini Officer di MARA KL. Rizal pula paling macho, smart & ada style, kini officer di IWK. Amad dengan gaya seluar GQ, motor 100 Sport Hitam & rambut lurus belah tengah ya. Arwah Kizam, agak mat Bunga, tulis an kemas berbunga2 macam pompuan (Al Fatihah buat Beliau). 

Geng D'Snail memang hebat dalam Akademik. Susah nak kalahkan mereka, Alhamdulillah mereka semua kini menjadi Orang2 hebat. Aku bangga dengan semua kawan2 lama. semua cukup lengkap mewarnai kisah remaja yang polos tapi penuh makna.

Momen sebegitu terlalu bernilai, tidak akan pernah terulang. Kita kini semua telah dewasa, punya kerjaya, tanggungjawab dan kehidupan masing-masing. Namun, kadang-kadang ketika memandu sendirian, atau ketika terkenang kawan2 lama, hati jadi sebak, rindu zaman kita tiada apa-apa, tapi segalanya rasa cukup. Rasa ingin kembali walau sehari, duduk di bangku kelas 4F dan 5F, menoleh ke belakang sambil senyum melihat versi muda kita yang penuh harapan dan tawa.

Buat sahabat-sahabat SMKC, terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada bab terindah dalam hidup ini. Kita mungkin sudah berjauhan, tapi kenangan kita akan sentiasa dekat & tersimpan kemas dalam memori. 

No comments:

Post a Comment