Friday, 29 December 2017

Hujung 2017

Pantas sungguh masa berlalu, benarlah kata Agamawan, di akhir zaman, manusia berasa masa terlalu pantas berlalu. Sedar2 sudah masuk penghujung tahun 2017.

Awal bulan Disember @ 5hb, 2 orang anak terunaku berkhatan/bersunat. Asyraff Syazwan @ 10 tahun & Darwish Iman @ 8 tahun berkhatan di Klinik Dahlia, BB Selayang ditemani aku, isteri, anak bongsu kami Alya n mertua.

Lepas daftar, tunggu dalam 15 minit, nama anak kedua ku, Darwish dipanggil, dengan muka slumber Darwish yang dah sedia berkain pelekat hitam masuk bilik doctor. Doctor nye doc lelaki berkepala botak dan 2 pembantu perempuan. Darwish disuruh bukak kain dan baring atas katil, aku bertindak mcm pakar motivasi kat sebelah bagi semangat la kononnya, sebenarnya aku pun cuak jugak hehehehhe.

Doctor mula pegang2 n belek2 bebird Darwish sambil berbual. Bila doc mula cucuk bius, bagai tindakan reflect Darwish menjerit Hahahha, aku pun berperanan sbg penenang persis pakar motivasi hahahha. Doctor gunakan teknik 'laser' untuk potong 'kulit hujung' , aku jeling2 tengok jer. Habis dikerjakan hujung kulit, dijahit nya pula.... mengalir air mata Darwish, pedih agaknya. Habis selesai ada sesi photo dengan doctor hehehehe.

Selesai angah Darwish, nama along Asyraff pula dipanggil, dengan berkain pelekat oren, along masuk bilik dengan muka cemek dan cuak hehehhe. Aku pun bertindak sebagai pakar penenang lagi sekali. Proses "potong" sama mcm angah Darwish, cuma yang best, jeritan along lebih kuat dari angah hahahaha. Sesi photo ngan doctor pun buat muka seposen hehehhe.

Selesai amik ubat sapu n tahan sakit, kami pun balik. Menuju ke kereta, seorang lelaki tua yang aku tak kenal menyapa anak2 aku, dia boleh kata " jap lagi ubat bius habis, baru korang tau sakitnya" .... adoiiii orang tua nie, patutnya bagi la semangat n tahniah kat budak2, umur jer banyak tapi pendek akal. Dalam keter, dua2 dah mengaduh sakit hehehhee.

Sampai rumah, aku n wife siapkan tempat tidur kat tingkat bawah jer, depan tv. Ikat kain kat bucu kerusi hehehhee. Menu depa berdua, sup ikan haruan, aku n wife bagi service 5* , makan pun suap. Seminggu kami paksa bg makan sup haruan hahaha, sampai depa kata tak lalu dah.

Hari ke 5 lepas berkhatan, aku kena outstation kat Muadzam Shah, seminggu. Umi dia orang la jaga n layan 2 orang yang tengah berpantang. Alhamdulillah semuanya sihat dan selamat. Dah besar anak2 ayah.

Bulan December juga adalah bulan mak ayah sibuk dengan persediaaan kelengkapan sekolah, beli pakaian sekolah n buku2. Demam poket jugak dibuatnye, inikan tanggungjawab mak ayah dan pelaburan untuk anak2. Moga anak2 ayah belajar dengan baik dan menjadi bijak berjaya dunia akhirat.

Bulan December nie, kami bercuti ke selatan @ melaka dan negeri 9 jer. Balik ke rumah kami di Paya Rumput. Activity kemas rumah, cangkul n tebas semak. Sakit2 badan jugak hehehhe. Sempat bawak anak2 tido semalam kat PD, boleh la mandi pantai n swimming pool, bagi bebudak happy masa cuti.

Bulan December nie juga ada seorang Boss Besar yang bersara @ Dato' Radin Rosli, Plantation Director. 16 tahun beliau menabur jasa bakti kepada company. Seorang Boss yang professional, berilmu, berpengalaman, stylo. Walaupun kerja aku sebagai auditor, ada masa dan ketikanya, audit findings yang kami jadikan ML "kurang disenangi" oleh beliau, tapi sebagai subordinate @ kasta bawahan spt aku tetap hormat dengan justifikasi pengurusan. Jujurnya aku memang hormati beliau yang cukup well-known dalam dunia plantation @ OP. Aku doakan moga segala jasa bakti beliau diterima sebagai amal Ibadah dan memperoleh ganjaran Pahala oleh Allah. Moga sentiasa dalam kesihatan yang baik dan tenang sepanjang kehidupan. Selamat Bersara Dato'.

Tinggal hanya berbaki beberapa hari sahaja tahun 2017, biasanya orang akan cerita azam tahun baru, azam aku tak perlu la aku nak kongsi dengan semua orang hehehhe. Moga2 tahun masihi 2018 menjanjikan lebih kebaikan, kesejahteraan buat aku sekeluarga, Inn Shaa Allah. Yang pasti umur makin meningkat, adakah amal kita seiring dengan bertambahnya usia. Ya Allah rahmatilah kehidupan kami sekeluarga dengan KeredoanMu, Ameen.

Sunday, 3 December 2017

Balik Kampung

Memang menjadi kebiasaan, setiap bulan aku, wife dan anak2 akan balik kampung di Felda Kemasul.

Hujung minggu nie kami balik kampung lagi, selepas 2 minggu Mak Abah balik dari Umrah. Mak Abah semangat cerita pengalaman Umrah mereka, ada cerita serious, cerita pengajaran dan tak kurang juga cerita kelakar. Antara pengajaran yang aku dapat simpulkan:-
1. Umrah/Haji memerlukan kekuatan fizikal.
2. Doa mohon bantuan Allah, Inn Shaa Allah dipermudahkan.
3. Berbuat baik pada semua orang, termasuk org yang tidak suka kita.
4. Amalan sedekah.

Pada usia mak abah, mereka mampu panjat bukit untuk mendaki dan sampai ke Gua Hira'. Kagum. Namun, pasti ada juga ujian n dugaan, Alhamdulilah, selepas Mak Abah menunaikan Haji 5 tahun lepas, Allah jemput sekali lagi untuk mereka menjejak kaki dan beribadah di Tanah Suci.

Setiap kali balik kampung, aku akan jadi "labour" kat kebun sawit kami. Kali nie aku n Abah buat kerja manuring @ membaja kat kebun kat kampung chemomoi n kemasul. Kami angkut baja guna motor jer, aku naik moto warisan kami Honda C70 dan abah bawak Kriss hehehe. Habis membaja aku menebas, melecet jugak tapak tangan hahahah, adat anak kampung mcm aku.

Yang best, ada jugak gang n member2 kata sombong sebab balik kampung tak keluar2 rumah, aku senyum jer la, itu hak masing2 yang ada mulut. Asalkan aku n family tau dan faham.

Bila malam, kebiasaannya aku akan jemaah kat Masjid Felda Kemasul. Zaman skrg tak macam dulu, zaman dulu Maghrib n Isya' anak2 muda akan ramai berjemaah di Masjid. kini majority jemaah adalah seusia Abah jer, itupun muka2 yang biasa. Mana Pemuda n Belia ???? aku cuba bersangka baik, mereka ada kelas mengaji kot, sorry bro2 , aku gurau jer, jangan amik haty yer hehehe.

Antara maghrib n Isya', ada tazkirah oleh Ustaz Hamid, habis tazkirah aku baru perasan ada sahabat lama, satu kelas masa Form 4 & 5. Aku pergi ke arahnye untuk bersalam, lama x jumpa. Segan pun ada khabarnya sudah menjadi "Bos Besar" di Bandar Metropolitan, aku sekadar biasa2 jer. Kami agak rapat masa zaman Sekolah, tapi bila berjumpa kami tidak "semesra" dulu, agaknya sebab Ustazah pernah pesan jangan borak kosong dalam masjid, kami sampai tak borak HAHAHA. Apa2 pun, aku doakan Sahabat ku terus success selalu. Sebelum blah, kami sempat bersalam, dia melangkah ke kereta jenama jepun, aku ke moto juga jenama jepun cuma moto Honda C70 hehehe, jangan amik haty Bos,  saya gurau, lama tak gurau dengan ko.

Apa2 pun, biar siapa pun kita, sesibuk mana pun kita, family kat kampung jangan lupa, ziarah2 selalu.

Thursday, 30 November 2017

Mana Benar

Agak lama aku tidak nukilkan luah rasa dalam blog kerana agak sibuk kebelakangan ini.
Aku cukup tertarik bila melihat berita, membaca di media cetak maupun tulisan di web media masa termasuk di FB. Apa yang menariknya, kerja keras jentera semua parti politik "turun padang" untuk "bekerja" hingga ceruk desa bertemu "pemangkah undi". Ini tandanya bahang PRU makin terasa "habanya".
Semua media sama ada arus perdana atau arus yang "bertentangan" memberi gambaran yang berpihak kepada "kem tertentu". Maksudnya ulasan media kem A hanya menonjolkan kebaikan kem A, begitu juga sebaliknya paparan media kem yang lain.
Alangkah bagusnya media menjadi independent @ bebas membuat liputan, ulasan, paparan, gambaran dan kesimpulan untuk menjadikan marhaein "pemangkah undi" membuat analisa dan "pilihan" yang bijak dan tepat.
Namun ianya tidak berlaku atau separa independent. Ada "pemangkah undi" yang terlalu fanatik dan totok kepada media tertentu sahaja hingga tidak memperoleh info yang lebih tepat dan benar hingga membawa kepada "undian" yang tidak sepatutnya masa PRU.
Namun, yang menjadi konflik nya, adakah berita dan maklumat yang disampaikan benar dan bukan "fitnah" serta "propaganda omongan kosong" ?
Sukar untuk kebanyakan rakyat biasa membuat tafsiran mana berita benar mana sebaliknya.
Jika disingkap sejarah lampau, kesedaran mahu melepaskan diri dari penjajahan bagi memperoleh kemerdekaan Tanah Melayu antara nya adalah melalui tulisan pemikir melayu di akhbar hingga meniup menaik semangat anak watan utuk berani menuntut hak kemerdekaan. Inilah jasa pemikir melayu dan wartawan melayu di zaman itu. Tulisan mereka dalam nada benar yang memberi sentuhan dan sindiran jujur. Akhirnya semua rakyat bangkit menuntut hak untuk merdeka.
Apa yang aku maksudkan, jika berita yang di paparkan mempunyai elements "berkata benar walau pahit sekalipun" ianya akan melahirkan masyarakat yang mampu berfikir, menganalisa, mentaakul yang akhirnya bijak dan matang dalam proses pembuatan keputusan "memberi undi" untuk "melantik" khalifah negara yang terbaik, berkebolehan dan berkelayakan.
Akhirnya apa yang aku harapkan di saat semua jentera bekerja keras:-
1. Pengamal media harus membuat laporan yang benar serta ulasan yang bijak dan bebas.
2. Elakkan berita dan liputan fitnah dan bohong.
3. Usah terlalu terikat membuat program untuk golongan sasar tertentu sahaja, contoh program YB Umno turun padang untuk umno sahaja, YB parti lain juga begitu. Golongan sasar harus menyeluruh untuk menarik minat dan sasaran pengundi baru.
4. Menilai kualiti pimpinan kecil di kampung n desa, ada pimpinan yang sudah tidak relevan, ada juga pimpinan muda yang tidak competence. Saluran maklumat dari pimpinan kecil ini ada ketika nya kurang tepat kepada pucuk pimpinan di atas.
5. Moga2, proses "turun padang" ini dibuktikan dengan KPI dan janji2 manifestos yang lepas untuk rakyat menilai mana intan, mana kaca.

Saya bukan ahli politik, sekadar pandangan peribadi berdasarkan pemerhatian dan pembacaan. Ampun Maaf atas ulasan yang banyak cacat cela ini.

Saturday, 28 October 2017

Bajet ooo Bajet

Hari semalam semua "tertongok" depan tv sejak jam 3.30 pm nak tonton n dengar pembentangan Bajet 2018 oleh PM "Tercinta". Dapatlah kita tgk live dari Parlimen Malaysia.

PM dgn segak berbaju melayu biru pun mulakan ucapan pembentangan. Sambil membentang, tangan memegang kain kecil mengesat bibir beberapa kali, meneguk air juga beberapa kali, panjang juga pembentangan sambil berdiri, mau lenguh juga kaki.

Sambil berucap membentang bajet, PM "kesayangan" kita juga sesekali "bergurau", "seloroh", perli pihak lawan.... hehehhe, pandai juga mencari "punchline" bahan sindiran.

Yang memeriah suasana nya, bila PM umumkan sesuatu, kelompok yg menyokong akan menjerit "yeeeaaaa" sambil tangan menepuk meja. Manakala kelompok "bertentangan" akan memberi reaksi sebaliknya, maka spontan berlaku "acara" suara sahut-menyahut antara kedua2 kelompok....Hehehe. macam budak2 pun ada.

Terkenang zaman aku sekolah menengah dulu, aku ada ambil subject Ekonomi kat SMKC. Cikgu Rosdin memang pesan suruh dengar pembentangan bajet. Masa itu ianya dibentang oleh Menteri Kewangan DSAI. Persisnya sama bergaya dengan lengkap berbaju melayu. Apa yang aku tak boleh lupa, Menteri Kewangan DSAI pada masa itu turut akan menggunakan "perkataan dan ayat" yang "canggih" dan aku pasti akan cari maksudnya dalam kamus DBP. Aku cuba gunakan perkataan itu dalam karangan BM. Lagi satu, beliau akan membentang bajet menggunakan bahasa "baku" dengan nada vokal seakan pidato. Aku sangat tertarik dengan cara itu dan aku cuba meniru nya.

Dua hari sebelum PM Tercinta bentangkan Bajet 2018, Barisan PH juga mewarwarkan Bajet mereka. Aku tidak  berminat untuk ulas n bandingkan kedua2   Bajet ini buat masa sekarang.

Yang menarik minat aku adalah bila melihat tiba2 muncul ramai Pakar Ekonomi dan professor's di alam Maya yg memberi ulasan kpd Bajet 2018. Ada yg kata ini Bajet Pilihanraya, Bajet Panadol, Bajet Ketom n banyk lagi. Namun ada juga yang menyokong, memuji n membodek hehehe. Biar apapun pandangan mereka, ianya harus realistic, boleh dicapaì.

Semua harus bertanggungjawab dlm memberi ulasan di media sosial disamping juga perlu punya ilmu sebelum membuat ulasan menyokong atau mengkritik. Bukan secara semberono tanpa analisa konkrit dan realistic.

PM Tercinta menyatakan Bajet 2018 adalah "Ibu" segala Bajet. Lain mcm jer bunyinye hehehe. Apa maknanya...

Cuma nk tanya, ada tak proses pemantauan dan review Bajet tahun sebelumnya. Perlu juga proses penetapan KPI melalui analisa prestasi sebenar berbanding Bajet tahun2 sebelumnya sebagai tanda aras prestasi berbanding Bajet yg telah diluluskan. Bahasa mudahnya, bajet yg dibentang harus diterjemahkan dgn tindakan dan bukan hanya sekadar kata2 dan perlu dinilai kembali.

Akhirnya, ayuh kita memberi kepercayaan kpd pemerintah untuk mengotakan Bajet mereka. Buat Kelompok Pembentang, jalankan amanah ini dgn telus n berintegriti serta mengotakan janji sepertimana intipati yg dibentangkan.

Bajet dibentang adalah tanggungjawab bekerja untuk "Ditepati".... bukan sekadar penyedap hati.

Sunday, 15 October 2017

Persepsi & Sindrom Anak Cikgu

Dah masuk hujung penggal sesi persekolahan nie, mak dan ayah antara yang risau sebab anak2 akan tempoh peperiksaan akhir tahun.

Kurang lagi 2 minggu akan ada periksa akhir tahun. Yang tambah mak ayah gelabah bila jadualnya minggu yang sama antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Anak2 relax jer hehehhee.

Ayat yang biasa, "abang long, abang ngah, buat latihan, periksa dah dekat, ayah nak abang long n angah dapat 100% n dapat no 1". (Ayah dulu pun tak pernah merasa no 1 hehehe ).

Dengan selamba anak sulung aku jawab, "susah nak dapat no 1 ayah, class abang ada anak cikgu".

Lantas aku tanya " kenapa dengan anak cikgu". Abg long jawab "anak cikgu kan pandai2 yah".

Hmmmm, nampaknya persepsi n sindrom anak cikgu zaman anak aku skrg sama mcm zaman aku dulu. Zaman aku sekolah kat felda dulu, persepsi bila anak cikgu n anak pegawai felda mesti pandai, bijak, mesti jadi pengawas, smart, n lain2 yang positive la hehehe.

Rupanya zaman anak akupun sama yer... persepsi terutamanya anak cikgu. Aku n wife cuma bagi semangat kat abg long n.angah, " kalu anak cikgu pandai, bukan dia anak cikgu, tapi dia rajin usaha baca buku n buat latihan, anak auditor pun boleh pandai kalu rajin usaha".

Anak peneroka felda pun boleh walaupun tak pernah dapat no 1 dalam periksa. Huhuhuhu

Saturday, 9 September 2017

Selamat Tinggal Sahabat

PSekitar jam 12 tengahari tadi, sahabat lama yang pernah tugas bersama di Mekah/Madinah pada tahun 2014 iaitu Haji Jamil maklumkan sahabat kami yg turut sama bertugas dulu Haji Jeffri @ Jep telah meninggal dunia hari ini kerana kemalangan jalan raya, Innalillahiwaninnahirojiun.

Lantas aku terkenang memori bersama Petugas Haji 2014 Team Penerbangan iaitu Hj Azreen, Hj Hidam, Hj Lokman, Hj Azhar, Hj Azleen, Hj Jamil, Hj Jep, Hj Azmi, Hj Rahim & Hj Habib.

Hampir 1 bulan setengah kami bertugas bersama, kami seperti family semasa di Tanah Suci. Aku, Hj Rahim, Hj Jamil & Arwah Hj Jep seperti adik beradik di sana. Kami ke Masjid bersama, selesaikan Ibadah Umrah & Haji bersama, shopping bersama, ziarah bersama & lepak bersama.

Boleh dikatakan kami selalu ke Masjidil Haram seawal jam 2 pagi, berjalan bersama, tawaf sunat bersama, ibadah bersama, lepas solat subuh kami bergegas breakfast di canteen sebelum bersiap ke office.

Antara kenangan yg kelakar, lepas habis operasi masyair, kami perlu segera ke hq Abraj Janadriah, kenderaan sangat terhad, jalan raya mmg teruk jem, kami tak ada pilihan, kami tompang lori kambing tok arab, berdiri belakang lori bersama jemaah Pakistan, hehehhe.

Kami ber 4 juga selalu merayau shopping bersama, kami selalu menyakat Hj Rahim.. dgn cakap " Hamsa Riyal... Hamsa Riyal..."

Bila jemu mkn kat canteen, kami g lepak tepi abraj mkn nasik arab, beli 2 bungkus tapi kongsi makan 4 orang haahaha, hampar plastic, mkn jemaah hehehhe.

Lepas balik Malaysia, aku hanya berkesempatan jumpa Hj Rahim kalu buat audit kat Kluang, Hi Azreen kadang2 terserempak kat TH Selborn, Hj Lokman pun ada sekali terempak kat Kg Baru, Hj Hidam terjumpa sekali kat klia, Hj Habib pernah berurusan kat office Mas Kl Sentral, Hj Azmi terjumpa masa AGM Thp last year. Tapi Hj Jamil n Arwah Hj Jep mmg tak pernah jumpa lepas balik Malaysia.

Buat Sahabatku Arwah Hj Jep, Aku doakan agar Allah menerima segala Amalanmu, Diampuni segala kesilapan, ditempatkan bersama Golongan Beriman, Ameen.

Sahabatku, kita kekal sahabat & saudara dunia akhirat.

Selamat Tinggal Sahabat.

Tuesday, 5 September 2017

3 Penjuru

Jika ditelusuri "tema" & "mood" media masa, seakan memberi gambaran "perang" pilihanraya makin hampir.

Kompang media sudah dipalu, perang saraf & psikologi telah dimula, ahli politik mula membuka peta lama kawasan yang kali terakhir dilawati 5 tahun lepas, YB turun padang dengan muka "manis" lirik wajah ceria menagih undi.

Desas desus, pru kali ini agak "istimewa" dgn taktikal perang habis habisan, peluru modal manifestos bukan kepalang.

Sebagai pengundi marhaien, gembar gembur pertembungan 3 penjuru menjadi taruhan. Pengundi jadi tidak keruan mikirin mana pilihan samaada menerus legasi sediaada atau mencuba "resepi" baru atau berani membuat experiment "campuran".

3 penjuru memberi lebih pilihan, namun boleh juga memberi lebih taruhan risiko masa depan. Namun, rakyat pastinya bijak menentu siapa pilihan, moga Allah membantu memberi jalan kebenaran.

Biar 2 atau 3 atau banyak penjuru sekalipun, pilihan terletak di "tangan".......

Monday, 19 June 2017

"Panasnya" Ramadhan

Alhamdulillah melangkah kita ke Fasa Ke 3 di bulan Ramadhan ini, kurang lagi 5 hari Syawal pula mendatang.
Rasanya seperti masih baru kita bersahur, berbuka & bertarawih hari pertama Ramadhan, pantasnya masa berlalu.
Adakah bulan Ramadhan kali nie berada dalam suasana cuaca "Panas", tidak juga, cuma yg "Panas & Hangat" dgn isu semasa.
Antara yg Suhu kepanasan melebihi suhu normal adalah isu DOJ. Aku tidak mau ulas isu ini kerana ianya agak sensitive n berat kepanasannya tidak mampu disejukkan.
Kita juga terkejut dgn nyalaan suhu kepanasan isu fgv. Sebagai anak felda isu fgv mmg sentiasa aku ikuti. Biarla pihak berwajib laksanakan proses siasatan n semakan. Isu salah laku, integrity, leadership , management dll dlm fgv biar kita tunggu apa tindakan kerajaan n pimpinan fgv. Moga panas nya berada pd paras suhu normal.
Terbaru panas dgn kes bunuh pelajar kadet university pertahanan. Sedih, geram, kaget n berbagai rasa dlm isu ini. Mana pergi rasa "simpati" dalam hati, mengambil tindakan sendiri menjadi hakim menjatuh hukum n ambil tindakan sendiri adalah satu perbuatan yg tidak seharusnya berlaku. Mengapa terlalu kering hati mereka. Moga Arwah dirahmati n proses siasatan n perbicaraan mendapat merungkai tersurat n tersiratnya isu ini.
Ramadhan makin ke penghujung, namun manusia terus bingung, Moga amal makin tebal, Iman makin kental, hati kenyal kental, poket makin tebal hehehe.

Saturday, 29 April 2017

Orang Politik

Orang Politik,
Masa Bersama Semuanya Mesra,
Bila Berpisah Hilang Mesra Diberi Hina.

Orang Politik,
Kekadang Mcm Katak,
Ada masa Melompat Di Darat,
Ada Ketika Berenang Di Air.

Orang Politik,
Kekadang Mcm Ular,
Cakap Bercabang,
Penuh tingkah Muslihat gampang.

Orang Politik,
Lagak nya warak,
Bercakap Ikut Hati,
Di Tentang Di Balas Maki.

Orang Politik,
Senyum ada makna,
Nangis ada tersiratnya.

Orang politik,
Rasa diri Maksum,
Tiada salah tapi bisa menyalahkan.

Orang politik,
Kekadang hipokrit,
Tunjuk bersih, walau tangan bertahi.

Orang politik,
Ada banyak muka,
Boleh ketawa, menangis dalam masa yg sama.

Orang politik,
Ingatlah kami marhaein bisa memangkah,
Bisa memilih,
Bisa mencampak,
Bisa menerajang,
Bisa membuang,
Bisa meradang.

Orang politik,
Cukup2 sudah,
Kami naik menyampah,
Kami rasa nak muntah,
Kami rasa meluat,
Kami rasa mcm nak lipat.

Orang politik,
Jalankan amanahmu,
Tunaikan janjimu,
Laksanakan tugasanmu,
Bukan hanya melolong kosong,
Bukan juga ber omong,
Jangan jadi tong kosong,
Nant kami sepak masuk lombong.

Orang politik,
Kami sudah letih,
Kami sudah puas merintih,
Kami bukan mahu pitih,
Cuma kami mahu politik yang bersih,
Politik matang,
Politik seimbang,
Politik berintegriti,
Politik suci.

Orang politik,
Jagan sampai kami benci,
Jangan sampai kami kelahi,
Jangan buat kami mcm tahi.

Orang politik,
Usah bermuka2 lagi.

Orang politik,
Ingatlah semua kita akan mati,
Ingat juga 'pencatat' amal di kanan & kiri,
Jika baik tingkahmu, Alhamdulillah
Jika buruk kau tuggu musibah.

Thursday, 5 January 2017

Integriti Di Telapak Kaki

Bila Integrity Darjat nya di kaki,
Hati Sudah jadi mati.

Bila Integrity Tiada Dalam Hati,
Harta Dunia Dikejar Di bawa lari.

Bila Integrity tiada nilai,
Amanah diri sanggup digadai.

Bila Integrity tidak di pandang mata,
Buat dosa dirasa bangga.

Bila integrity makin lemah,
Malu tiada, diri bermegah.

Bila Integrity tiada peduli,
Wajah kelam tiada Seri.

Bila Integrity budah mati,
Malaikat Maut tak sabar menanti.

Monday, 2 January 2017

Oren

Masuk tahun baru masihi , semua pakat nak celebrate, hatta bagi ucapan n pasang azam baru, apa2 pun itu hak masing2 dan aku hormati. Diperingkat nasional, pasti ada countdown detik 12 malam beserta program lagho konsert terkinja2 dan xtvt bakar duit dgn bakaran bunga api. Dah jadi tradisi tahunan.

Aku tak berminat nak ulas pasal perayaan sambutan tahun baru, tapi aku lebih minat dgn 'oren' sebab bulan Januari nie ada CNY yg pasti banyak buah 'oren'.

Biasanya musim CNY ramai sahabat2 berbangsa cina n beragama budha akan belanja n hadiahkan buah oren. Jika di office kenyang oren la department tertentu yg banyak deal dgn contractor n tokey seperti operation department, marketing, finance, IT n lain2. Department yg tak deal ngan tokey mcm department aku, amik bau department sebelah jer la hahahhaa.

Oren limau mandrin nie tak boleh makan bnayak sangat, boleh batuk2 dibuatnya, kalu lebih makan mau chery berry hehehe.

Ada lg satu oren yg panas bila masuk bulan January iaitu orange form. Org yg biasa ngan GLC mesti paham. Penting ke orange form nie, aku dah hilang 'selera' dgn orange form nie. Rasa mcm nak muntah n chery berry bila nampak orange form. Lagi pun orange form nie hanya layak diisi oleh golongan berkasta tinggi. Yg tak ada kasta mcm aku, isi la berapa kali pun, orange form jadi buah oren yg dah busuk jer hehehe.

Apa2 pun bulan nie pasti meriah dgn oren. Moga kejinggaan oren nie boleh meningkatkan perahan oer buat semua. Buat sahabat cina, happy berpesta oren. Buat yg terima buah oren limau Mandarin, jangan bawak balik rumah berkotak2 utk sendiri telan hehehe, tapi dah rezeki ya, suka hati korang la.

Buat yg berangan nak isi orange form, nasihat aku, sedor diri, tanya diri u kasta apa, kalu kasta pilihan, ada peluang, kalu kasta buangan, isi orange form dalam mimpi n jadikan form ini sebagai koleksi peribadi.

Fikir2kan.