Thursday, 21 November 2019
WARKAH BUAT ALONG
Monday, 21 October 2019
Cerita Jubah & Mortar Board
Minggu lepas aku berkesempatan untuk hadir ke majlis Apresiasi SK Sg Tua Bharu untuk meraikan semua pelajar Tahun 6 termasuk anak aku Muhammad Asyraff Syazwan. Majlis ini dibuat awal sebagai tanda semua pelajar tersebut akan menamatkan alam Sekolah Rendah dan akan melangkah ke peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2020.
Semua pelajar lelaki segak berbaju melayu dan berbaju kurung pelbagai warna lengkap dengan persalinan Jubah dan Mortar Board. Tahniah buat pihak sekolah, guru2, pibg & sarana ibubapa yang bekerja keras menjayan program tersebut. Pastinya ia menjadi memori indah buat anak2 yang bakal melangkah meninggalkan SKSTB.
Senyum terukir di wajah anak2, ibubapa dan guru2. Sesi bergambar di sana sini, hilai ketawa n gurauan bersama.
Pasti ada 2 persoalan besar yang bermain di dalam hati anak2 ini. Pertama, rasa debar menanti hari keputusan sebenar UPSR yang bakal diumumkan pada hujung November 2019. Kedua, sekolah mana yang menjadi pilihan dan sesuai untuk sesi Sekolah Menengah pada tahun hadapan ?. Sebagai ibubapa, pastinya kami mengharapkan pencapaian keputusan peperiksaan yang cemerlang dan peluang ke sekolah menengah yang terbaik.
Namun, kita harus realistik, anak2 ini bersama guru2 telah sedaya mungkin memberikan yang terbaik. Akhirnya kita perlu berdoa, redha dan berlapang dada.
Terkenang zaman persekolah sekolah rendahku di SK LKTP Kemasul dan sekolah menengahku di SM Kebangsan Chemomoi. Sekolah kampung di dalam Tanah Rancangan Felda hingga tamat Spm tahun 1996. Tiada majlis semeriah hari Apresiasi seperti ini, jauh sekali menyarung Jubah dan Mortar Board.
Masa itu, aku pun tidak tahu apa pentingnya upsr, akhirnya keputusan yang diperolehi sekadar "cukup rasa". Melangkah ke Tingkatan 1, masuk ke kelas yang "sesuai" dengan keputusan upsr hehehehe. Peperiksaan akhir tahun Tingkatan 1, aku dapat nombor keseluruhan tingkatan 109.
Rupanya inilah starting point, rasa tersentak, malu dan mahu berubah. Alhamdulillah, semangat berbeza melangkah ke Form 2, walaupun terpaksa turun ke kelas bawah. Masalahnya, bila kita bersama "kelompok" yang "sederhana", tenaga pengajar juga menggunakan "gear sederhana" sesuai dengan "keupayaan" majority kelompok tersebut. Aku "terperangkap" di dalam kelompok ini hingga habis Tingkatan 3. Akhirnya pencapaian PMR sekadar "Sederhana". Namun, satu peningkatan yang jauh lebih baik dari UPSR.
Melangkah ke Tingkatan 4, aku masih "setia" di SMKC. Kawan2 yang luar biasa pencapaian PMR mula melangkah jauh ke Asrama Penuh, MRSM, Teknik dan lain2. Kali ini, langkah "kanan" ke Tingkatan 4 dengan memasuki kelas "Firdaus" kelompok pertama, sebenarnya agak "kurang layak" untuk berada di kelas ini. Namun, mungkin ini namanya "rezeki".
Rasa janggal berada di kelas ini, maklumlah dari "kasta bawahan" semasa Tingkatan 3. Namun, aku nekad, peristiwa semasa Darjah 6 dan Tingkatan 1 tidak mahu aku ulang, aku harus kerja lebih keras. Orang cakap, kalu kita rasa kita jenis "slow", kalu orang yang "bijak" baca sekali, kita yang "slow" kena baca 3 kali. Begitu juga seterusnya.
Teringat cikgu matematik Tingkatan 3, cikgu bagi tahu, saya ajar kamu bukan untuk dapat A, tapi hanya untuk lulus, sesuai dengan "tahap" kelas aku, akhirnya, memang kami "berjaya" mencapai "target" cikgu. Terima kasih cikgu atas pengajaran hidup tersebut.
Alhamdulillah, aku teruskan "momentum" sambil membawa "baton" hingga tamat Tingkatan 5. Walaupun tidak secemerlang teman2 lain samada di.SMKC, MRSM, Teknik dan lain2, aku juga mendapat "rezeki" menjadi mahasiswa.
Melangkah ke "menara gading" pada tahun 1997 merupakan "bonus" terbesar dalam hidup, jika diteliti track record Sekolah Rendah dan Menengah, peningkatan trend berlaku seperti tidak percaya. Rasa rendah diri, janggal, dan kurang keyakinan masih ada, namun perlu dilawan. Akhirnya aku berjaya "melangkapkan" pengajian. Alhamdulillah.
Hari konvokesyen pada tahun 2001. Masa itu aku hanya bekerja sebagai Guru GSTT di SM Selayang Bharu. Ketika itu, guru GSTT tidak dapat gaji untuk 3 bulan pertama, kira poket memang kosong hehehhe. Hinggakan masa hari konvokesyen aku tiada cash. Duit yang ada aku hanya mampu beli baju melayu hitam. Transport van sewa abah yang bayar.
Percaya atau tidak, aku tiada gambar simpanan atas pentas semasa pengambilan Ijazah, tiada gambar studio yang disediakan semasa hari konvo. Sebabnya aku tiada cash nak bayar, sedih betul. Yang ada, sekeping gambar yang adik aku ambil guna "Kodak" di luar dewan, gambar yang agak "kabur" namun, cukup "sempurna" dalam kenangan. Walaupun tiada gambar detik manis, "kenangan" itu masih segar dalam hati dan ingatan seolah masih di depan mata.
Bila tengok anak aku berjubah dan ber mortar board, bergambar bersama kelurga dan kawan2, aku pun happy. Zaman kami berbeza, namun, persamaannya, dulu abah dan emak aku senyum bangga, aku juga mahu senyum bangga seperti mereka. Memori bergambar biarkan melekat di sanubari, tidak akan lenyap selagi nyawa masih ada.
Sekadar perkongsian cerita, bukan apa2, moga tulisan ini aku, anak2 dan keturunanku boleh ulang baca mungkin 10 tahun, 20 tahun atau 100 tahun akan datang... hehehhe.
Saturday, 31 August 2019
Kenangan 31 Ogos
Sekitar bulan Julai 1995, masa itu aku Tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi (SMKC), ada announcement semasa Perhimpunan berkaitan pertandingan Penulisan Karangan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Bentong.
Terdetik dalam hati aku, aku mau sertainya. Malam itu, aku terus mengarang, seingat aku, penulisan dikarang lebih memfokuskan pembentukan generasi baru selepas merdeka. Aku pun lupa dah apa yang aku karang, cuma yang masih lekat hanya bait kata yang aku petik dari kata2 pujangga " jika mahu lihat negara pada masa depan, lihat lah generasi mudanya hari ini " !!!!.
Esok pagi aku terus serahkan penyertaan aku, tiada harapan tinggi diletakkan, cuma sekadar mencuba mengarang. Sebulan selepas itu, aku dipanggil oleh Cikgu Maziah, pihak sekolah dapat surat daripada PPD Bentong, aku diminta hadir ke Dataran Bentong pada 31 Ogos, cuma tidak dimaklumkan aku menang tempat ke berapa !!!. Cikgu pun bagi tau, mungkin saguhati kot HAHAHA, cikgu pun tak yakin agaknye HEHEHE.
Pada 31 Ogos, kalu tak salah, Cikgu Razak bawa aku ke Bentong, hari itu ada banyak acara sempena hari kemerdekaan peringkat Daerah Bentong. Tiba giliran penyampaian hadiah pertandingan karangan kemerdekaan, dipanggil pemenang saguhati, tempat ke 3..... berdebar juga. Dipanggil pemenang tempat ke 2, tapi bukan nama aku, aduhhh, makin berdebar.... akhirnya dipanggil Khairizal Ab Karim dari SMKC sebagai Johan, Alhamdulillah.
Hadiah nye, sijil dan sampul yang berisi wang tunai RM200, WOW!!!! Besar nilainya bagi budak kampung seperti aku. Duit nya aku bagi kepada Abah.
Itu antara kenangan 31 Ogos yang manis bila dikenang. Tidak diasah lagi penulisan selepas itu, aku pun dah tak pandai mengarang lagi hehehhee. Biarlah ianya menjadi kenangan sahaja.
Salam Merdeka & Salam Maal Hijrah buat semua, moga masa2 hadapan menjanjikan kebaikan buat semua.
Thursday, 4 July 2019
Adakah Ada Sinar
Hari Semalam,
Kita Didendang Dengan Mimpi,
Dibuai Dengan Janji,
Disogok Dengan Inti,
Tersengih Suka Hati.
Semalam juga,
Kita Seakan Lupa Diri,
Bagai Bulan Dipetik Jari,
Dimomok Itu Dan Ini,
Suara Terkunci, Hati Mati.
Hari Ini,
Kita Bagai Tersentak,
Seakan Akal Baru Berotak,
Liabiliti Makin Membengkak,
Harta Tersisa, Susut Terluak.
Hari Ini Juga,
Kita Di Situasi Negatif,
Tindakan Makin Pasif,
Segalanya Cukup Sensitif,
Ayuhhh, Bangkitlah Dengan Aktif.
Hari Esok,
Kita Tidak Ketahuan,
Adakah Seperti Hari Ini Atau Duluan,
Makin Difikir, Tidak Keruan,
Hanya Doa Dan Harapan PadaMu Tuhan.
Hari Esok Juga,
Adakah Ada Sinar,
Jangan Pula Malap Dan Pudar,
Moga Khilaf Menjadi Benar,
Rasa fasad kita lempar.
Hari Esok Dan Esok,
Hanya PadaMu Kami Berdoa,
Bantulah Kami Berikan Sirna,
Cahaya Benar Kami Dahaga,
Adakah Manis Muncul Akhirnya???
Monday, 1 July 2019
Kau, Aku, Kita Semua
Sudah lama aku perhati,
Makin lama makin menjadi,
Rasa ego pentingkan diri,
Mengapa harus terus begini ????
Engkau, Engkau...
Aku, Aku......
Kau buat kerja kau,
Aku buat kerja aku.
Kapal berlayar sauh dihumban,
Anak kapal masih berangan,
Nakhoda mengatur arah haluan,
Sedang suara ditelan lautan.
Haluan dirancang disambut dingin,
Batu dilepas sembunyi tangan,
Makin lama pasti tengin,
Lihat mangkuk dikata pinggan.
Ada ke kiri,
Ada ke kanan,
Ada berlari,
Ada berjalan,
Tapi.... adakah sama tujuan ???
Nampak semut beratur mengekor,
Nampak ungka bergayut sekawan,
Pakaian bersih tangan kotor,
Dalam diam, tingkah melawan.
Semua sudah cukup pengalaman,
Makan garam ber tan tan,
Membongak bagai sampai ke bulan,
Sedangkan kaki masih di lahan.
Kau, Kau, Aku, Aku,
Bukan itu ungkapan kita,
Silo lama biarkan membeku,
Mementum Ukhuwah kita bina.
Kapal kita terus meluncur,
Ombak badai menggila liar,
Ayuh bersama jernihkan yang kabur,
Kerja kuat hati bersabar.
Ujian berat kita hadapi,
Parut lama jadi sempadan,
Lautan api bersama renangi,
Capai matlamat hasil lumayan.
Kita ibarat 10 jari,
Pada tubuh tangan yang sama,
Ayuh Genggam dan hayun meninggi,
Tampa 1nya , pincang semua.
Pimpinan harus kita hormati,
Subordinate juga perlu disantuni,
Resepi ini enak sekali,
Aroma wangi, sedap nikmati.
Aku hanya semut merah,
Sekadar meluah rasa gundah,
Kau, Aku, Semuanya ayuh melangkah,
1 Hati, 1 Makna, 1 Arah.
Wednesday, 26 June 2019
HERO
Bila sebut "HERO", pasti kita terbayangkan seseorang yang kita kagumi dengan ciri-ciri "Ketokohan", "Kepimpinan", "Keperwiraan". Siapa Hero anda ?
Hero pertama aku pastinya Abah dan Emak. Pemimpin Keluarga yang bertanggungjawab dan menjadi wira kami. Hero kami dunia akhirat. Begitu juga guru2 yang mendidik dan mengasuh aku dari awal hingga kini.
Bangsa Melayu juga tidak kurang hebatnya melahirkan HERO. Nama seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Maharajalela, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman, Hang Nadim, dan ramai lagi. Ramai juga Hero dikalangan Tokoh Politik seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussien, Tun Mahadhir, Tuan Guru Nik Aziz, DS Anwar, dan ramai lagi.
Ada juga yang membayangkan Hero dalam sukan seperti Lee Chong Wei, Nicol, Azizul, Pandalela, Moktar Dahari, Minarwan, dan ramai lagi. Tak kurang juga yang menggambarkan Hero dalam filem seperti TS P. Ramlee, Eman Manan, Rosyam Nor, Azmil Mustafa, Faizal Hussien dan ramai lagi.
Ada beberapa Hero yang menarik minat aku pertamanya Hang Jebat. Herokah Hang Jebat ? Personally aku anggap dia Hero. Berani melangkaui dan mendahului zamannya. Namun, adakah menjadi Hero perlu bertindak melulu menghalalkan semua tingkahlaku ? Ternyata sikap Berani, Gagah dan Yakin Diri adalah kreteria penting untuk menjadi Hero. Cuma alangkah baiknya ditambah dengan ciri Bijak Mengawal Amarah, Rasional, Berhemah Dalam Bertindak. Jika ini ada, pasti inilah Hero Sejati.
Hang Tuah juga ikon Hero Melayu. Berani, Gagah, Berilmu, Yakin Diri, Bijak, Taat, Berhemah. Adakah sikap Taat Setia yang cukup Totok itu akhirnya menjadi titik mulanya sejarah ini berlaku ? Ada percanggahan pemikiran antara 2 Hero ini dalam mentafsir bait kata "Pimpinan Adil, Pemimpin DiSembah, Pimpinan Zalim, Pemimpin Disanggah". Jika anda diberi pilhan untuk memilih hanya 1, siapa Hero pilihan anda !!! Entah mengapa hatiku lebih cenderong kepada Jebat !!!! Ya, di zamannya Jebat di gelar Penderhaka, namun ada pemikiran selepas zamannya Jebat dianggap Wira @ Hero. Mungkin ada yang tidak setuju, namun ini tafsiran aku. Tuah juga tetap Hero dihatiku.
Ada juga kata2 yang sering kita dengar, "Hero Mati Dulu" ...."Usahla Menjadi Hero".... "Nak Selamat, Jangan Menjadi Hero, Patuh Sahaja"..... seolah2 ianya memberi gambaran, menjadi Hero tidak membawa apa erti.
Usah terlalu berangan seakan hero komik jadian superhero yang punya kuasa seperti superman, spiderman, ultraman, batman, ironman, captain america, hulk, wonder woman, thor, cicakman, badang, suparman, hehehhe dan lain-lain.
Pada aku biarla kita menjadi Hero di hati family terdekat sahaja. Hero yang sentiasa berusaha memberikan perlindungan, kebahgiaan, kasih sayang, keselesaan kepada family. Namun jika kalian punya bakat yang besar, jadilah hero yang terbaik untuk keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.
Buat hero tokoh negarawan, taburlah jasa baktimu untuk kesejahteraan negara. Buat hero pimpinan organisasi, lipatgadakan ikhtiar untuk kelestarian dan kejayaan mendatang biar ranjau berliku. Buat hero jaguan sukan negara, teruskan menempa jaya untuk negara. Buat hero filem, usah terus menjadi kaku dan kayu.
Akhirnya, siapa Hero Malaysia ????
Saturday, 1 June 2019
Hutang
Debt Management Committee @ Jawatankuasa Pengurusan Hutang mengesahkan bahawa
hutang dan liabiliti negara adalah sebanyak RM1.1 trilion pada tahun kewangan berakhir 2018, iaitu kira-kira 75.4% daripada besar-besaran kerajaan negara Keluaran Dalam negara kasar atau KDNK.
WOW !!!!! terbuntang bijik mata membayangkan jumlahnya. Andaikan sahaja bebanan kos sekitar 3.5% sahaja, berapa finance cost setahun yang terpaksa negara tanggung ??? Banyak kan !!!
Itu hutang negara. Jika ditelusuri lebih ke bawah, hutang yang di buat oleh syarikat2 samaada syarikat kecil atau besar. Begitu juga hutang peribadi perseorangan rakyat dalam negara termasuk kita. Biasanya penilaian kadar hutang dalam syarikat berdasarkan gearing ratio @ debt to equity ratio dengan kata lain nisbah keberhutangan.
Perlukah berhutang ? Ini soalan cepu emas !!! Pada aku ianya "Harus" jika diurustadbir dengan bijak, bertanggungjawab dan telus. Kita bincangkan sahaja hutang peribadi.
Majority antara hutang utama kita adalah hutang rumah, hutang kenderaan, hutang pendidikan dan macam2 lagi. Biasanya sebelum kita dapatkan kemudahan pembiayaan n pinjaman, pihak pemberi hutang seperti bank akan menilai tahap kemampuan kewangan kita. Pihak bank akan minta maklumat penyata gaji, penyata bank, EA Form, dan kadang2 sampai mintak penjamin. Jumlah komitmen bulanan bergantung kepada jumlah pinjaman dengan mengambilkira kadar peratus finance cost @ faedah dan tempoh pinjaman. Pinjaman rumah boleh sampai umur si peminjam sehingga umur 70 tahun (walaupun akan bersara pada umur 55 @ 60 tahun).
Kita ada pilihan samaada menggunan conventional atau Islamic. Tepuk dada, tanya Iman. Anda pilih yang mana ??? Sebaiknya pilih la yang Islamic kerana ianya "Tuntutan".
Berapa jumlah pinjaman nak buat ? Nak beli rumah bungalow atau semi-d, teres, condominium @ apartment, low-cost ??? Nak beli kereta jenama Eropah @ Jepun @ US @ Korea @ Tempatan ??? Ikut la kemampuan & nafsu masing2. Jika mampu, silakan... namun jika kurang mampu, tapi nafsu dinosaur, anda mungkin berisiko kerana sentiasa dibelenggu dengan hutang yang boleh jadi diluar kemampuan.
Jika semata2 mengikut nafsu dinosaur mahu berhutang sedang kemampuan belum kukuh, ianya cukup bahaya. Tapi kalu berpegang kepada prinsip "biar papa, asal bergaya", terpulanglah kepada anda sendiri.
Kerja dah 20 tahun, hutang belajar seperti PTPTN pun belum selesai !!!! Bayar culas, bising nak mintak penghapusan hutang belajar !!!! Aduhhh, hutang itu "Wajib" diselesaikan tau, jangan buat2 lupa dan sengaja tak faham.
Alangkah indahnya jika hutang tiada dan selesai dijelaskan. Tidur lena, hati tenang. Tapi awas dengan nafsu dinosaur, berkehendak membuat hutang baru, rumah baru, kereta baru dan lain2 serba baru. Jika mampu... silakan.
Berhutang la ikut keperluan dan kemampuan, usah terjerumus dengan beban hutang diluar kemampuan, yang natijahnya boleh hingga muflis !!!!!
Biar serba sederhana, asal hutang tidak menggunung. Bila tidak mampu, hati tidak keruan, boleh jadi gila !!!!. Jangan sampai gila hutang.
Thursday, 30 May 2019
Huru-Hara
Hari ini gegendang telinga aku "menangkap" bait kata "huru-hara". Apa itu huru-hara ???? Bunyi macam kata berulang cuma berbeza antara huruf "u" dan "a" di hujung kata. Kalau sama ia akan jadi huru-huru atau hara-hara, tapi perkataan yang menjadi tumpuan kata dasar huru-hara menjadi kata perbuatan "menghuru-harakan".
Aku bukan guru bahasa yang berkebolehan memberi ulasan sebenar. Carian aku dalam web DBP, huru-hara itu bermaksud keadaan tidak tenteram, kacau-bilau, kelam-kabut dan tidak tentu tujuan. Dengan kata lain ianya sinonim dengan haru-biru dengan kata terbitan menghuru-harakan dan kehuru-haraan.
Pening jugak, kenapa perlu huru-hara ? Ada perang ke ? Ada orang mengamuk ke ? Ada ancaman ke ? Atau mungkin tidak selesa , tidak selamat, tidak tenteram, tidur tidak lena atau rasa terganggu ?
Siapa yang berani buat huru-hara ? Adakah jebat derhaka yang mendahului zamannya, atau si nila utama , atau tok janggut pembela bangsa yang "mengajar" petualang mat saleh durjana, atau dato maharaja lela yang menghantar birch ke neraka. Mereka bikin huru-hara demi keadilan dan prinsip jati diri yang murni. Salahkah mereka ?
Jari menuding, mata menjeling, lidah melenting, bibir kering, hati gering. Mengapa rasa dunia huru-hara ? Huru-hara jadian atau huru-hara benar2, bukan ujian juga bukan cobaan. Atau kita bermain dengan gelodak hati dan akal sendiri, mencipta rasa huru-hara, sedang realiti tenang-tenang sahaja.
Bertahun2 bermimpi indah, dipuja2, dibangga2, mengapa kini rasa huru-hara? Kepada siapa dituju timbulkan huru-hara ??? Benarkah tanggapan itu ??? Mengapa ??? Ahhhh haru sungguh !!!!.
Renung2, tenung2, fikir2, tafsir2..... tepuk dada, tepuk tangan ???? Usah begitu, tanyalah Iman !!!!
Monday, 20 May 2019
Memori Puasa (Part 2)
Hujung minggu lepas, aku sekeluarga berkesempatan berpuasa di kampung di Felda Kemasul bersama Mak dan Abah. Kebetulan 3 adik aku pun balik.
Abah mengadu matanya kabur, aku bawa abah ke pekan Triang untuk test mata abah, sah mata kiri abah rabun jauh & dekat dan ada silau. Aku terus tempah dan buatkan cermin mata abah. Jika dulu, sejak aku umur 8 tahun, aku pakai cermin mata, abah la yang membawa dan menjadi peneman, kini tiba giliran aku pula membawa abah.
Juadah buka puasa kami yang mak masak iaitu gulai tempoyak ikan patin temerloh, laksa, bubo pulut hitam, sedikit kuih yang dibeli di bazar chemomoi dan bubur lambok. Simple tapi menambah makan hehehehe.
Malam abah ikut aku dan anak2 solat terawih di masjid kemasul. Agak terkejut bila melangkah ke dalam masjid, dah ada aircond, wow hebat, khabarnya ada yang menyumbang, Alhamdulillah.
Terkenang zaman solat terawih dulu2, masa itu mana ada lampu jalan. Tapi kebanyakan rumah pasang lampu pelita @ panjut, kemasul bercahaya panjut masa itu. Aku biasanya akan ke masjid samaada berbasikal atau jalan kaki jer.
Masa itu, bebudak felda memang fanatic dengan meriam buluh, mercun n bunga api. Masuk masa berbuka, berselang seli dentuman meriam buluh n mercun. Macam "perang" pun ada, ada group yang saling berperang, gang perak, gang kedah, gang bukit, mcm2 group HahAha.
Mercun yg popular pastinya mercun bola, rocket, bawang, mercun tarik dan bnayak lagi. Yang nakal, masa orang solat dalam masjid pun sempat depa main mercun, mana pakcik2 n makcik2 yang melatah, macam2 la bunyi latahnya. Yang terlajak nakal, pasang mercun tarik kat kick starter motosikal, bila pakcik2 balik & start motor, mercun bawang pun meletop, HAHAHA. Zaman itu, cukup indah.
Kat kemasul masa itu, ada beberapa imam solat tarawih. Imam Hj.Man (Arwah) antara favourite aku sebab bacaannya agak laju dan cepat habis hehehe. Kalu Imam Ustaz Bakar & Ustaz Hassan, letih sikit sebab agak meleret hehehhe.
Masa itu, sahut2 menyahut bacaan Solawat dalam Terawih memang semangat & kuat. Jemaah pun ramai & penuh masjid. Tapi kini, bilangan jemaah tidak seramai dulu. Yang muda2 boleh dikira bilangannya, kebanyakan jemaah seusia Abah. Mana orang muda ??? Mana anak2 sekolah menengah ????
Bila dikenang, suasana sekarang jauh beza dengan suasana dulu. Sekarang makin lengkap & sempurna berbanding zaman dulu sekitar 80 an, 90 an & awal 2000 an. Namun, zaman itu cukup menjadi memori yang manis untuk dikenang dan diimbau. Terima kasih kemasul atas memori lampau.
Friday, 17 May 2019
Yang Molek Tidak Semestinya Molek Segalaya
Jangka Hayat Arnab = 12 Tahun.
Jangka Hayat Harimau = 25 Tahun
Jangka Hayat Kuda = 30 Tahun
Jangka Hayat Monyet = 50 Tahun
Jangka Hayat Gajah = 70 Tahun
Jangka Hayat Kura-Kura = 150 Tahun
Arnab hari2 makan sayur, hari2 bergerak active melompat, namun jangka hayatnya jauh lebih pendek dari si "gemok" gajah dan si "lembab" kura-kura.
Harimau yang sado dan gagah, makan daging "mewah", kuat dan dihormati, namun jangka hayat lebih rendah dari si "riuh" monyet dan si lembab.
Kuda yg gagah, berotot sado, tangkas, cantik dan lincah, namun jangka hayat nye tidak selama yang tidak gagah, tidak sado, tidak tangkas seperti kura2.
Monyet hari2 bersenam dengan bergayut, melompat dan bergerak, namun jangka hayat jauh lebih pendek dari si kura-kura.
Gajah si lebo, si gemok, hari2 makan buah dan sayuran, tak makan makanan berlemak, tapi badan tetap 'gedempol'. Namun, walaupun gemok, tetap sihat dan panjang umur berbanding si lincah arnab, si gagah harimau, si sado kuda.
Si lembam kura-kura, tidak active, gerak terbatas, tidak bersenam, namun jauh lebih sihat dan panjang umur dari arnab, harimau, kuda, monyet dan gajah.
Inilah kehidupan, yang nampak molek, tidak semestinya molek segalanya. Namun yang nampak lemah tidak semestinya lemah selamanya dan tiada istimewa.
Tuesday, 14 May 2019
Memori Puasa Dulu-Dulu (Part 1)
Memori puasa zaman kanak2 pastinya antara kenangan manis dalam hidup. Ada banyak kenangan, tapi antara yang aku tak boleh lupa, amalan bertukar- tukar juadah berbuka puasa.
Kami yang hidup di tanah rancangan Felda, hidup berjiran dan sangat rapat. Zaman itu antara tahun 80an dan 90an, kehidupan masyarakat felda cukup sederhana, tidak begitu susah tapi bukan senang jauh sekali mewah.
Masuk lepas zohor, mak2 mula sibuk masak termasuk mak aku. Biasanya adik perempuan aku la yang tolong masak, kerja anak lelaki tak la masak, sekadar tolong yang biasa2 seperti kukur @ parut kelapa atau pergi kedai tolong belikan barang nak masak.
Biasanya mak akan masak lebih, sebab nak tukar2 juadah dengan jiran2. Antara juadah yang biasa mak aku masak masa itu pastinya pengat pisang, pengat labu, bubo kacang hitam, bubur kacang hijau, lepat pisang, kuih sagu, cekodok pisang dan banyak lagi. Kebanyakkannya kuih yang manis dengan gunakan bahan yang sedia ada seperti pisang, labu, ubi dan lain-lain.
Jam 6 petang, kami adik beradik bersedia untuk hantar makanan juadah yang mak masak untuk dihantar ke rumah jiran. Rumah yang wajib pasti jiran terdekat iaitu Makcik Timah, Makcik Zan, Cik Nor, Cik Naemah dan Cik Maah (Arwah). Kebetulan, semua jiran kami asal Perak sama dengan Mak. Atey, udoh namanye orang Perok, juadoh nye pun masakan orang perok lerr.
Kami pun hantar la makanan rumah jiran2, lepas itu berlakulah seperti system barter bertukar2 juadah, kadang2 tak sempat nak menghantar, dengar dari jauh suara yop & nyah anak Cik Timoh bagi Salam, berlari kami mengejar nak tukor juadah. Sambil nak tengok depa bagi apa hehehhe. Kadang2 yang kelakonya kebetulan menu sama, mak masak pengat pisang, Cik Nor pun bagi pengat pisang HAHAHA. Kimi & Piji wakil Cik Zan, Jali wakil Cik Nor, Mee & Udi wakil Cik Naemah, Ayu & Acoi wakil Arwah Cik Maah.
Tapi amalan ini makin terhakis dan hampir pupus. Bukan tiada lagi , tapi terlalu jarang amalan ini di teruskan. Dulu tiada bazar ramadhan, dengan amalan bertukar juadah, kita ada banyak jenis masakan untuk berbuka puasa.
Kenangan manis ini masih kuat dalam memori. Terima kasih kepada mak, abah, adik2, jiran2, kawan2, masyarakat Felda kerana memberikan satu kehidupan lampau yang cukup indah biarpun serba kekurangan ketika itu. Ada banyak lagi memori lampau yang aku akan cerita episode lain hehehe.
Friday, 3 May 2019
Koperasi
Pada 3 hari lepas, aku telah terpilih mewalili Zon Tengah Koperasi TH Bhd ke Mesyuarat Agung Perwakilan KTHB. Ini pengalaman ke 2 aku terpilih sebagai perwakilan, Alhamdulillah.
Mungkin akan ada yang berbunyi, hadir sebagai pewakilan hanya untuk dapatkan "imbuhan elaun" semata-mata hehehehe. Tapi bukan itu matlamatnya, kerana hadir sebagai pewakilan adalah "amanah" yang diberikan oleh ahli setiap zon untuk memberi impak yang bukan hanya sebagai "sleeping partner".
Adakah hadir semata untuk memenuhi korum sahaja, apakah dengan banyak bercakap itu tandanya kita telah melaksanakan "amanah"?. Itu tergantung kepada matlamat dan niat di dalam hati !!!. Cuma kekadang setiap pewakilan yg "terpilih" berkemungkinan kurang jelas apakah "tanggungjawab & peranan" pada hari tersebut.
Apa isu yang menarik dalam setiap kali mesyuarat agung perwakilan ?. Pada pemerhatian aku, isu yang sering "riuh" adalah:-
1. Dividen + Bonus
2. Honorarium ( imbuhan daripada keuntungan kepada Ahli Lembaga Koperasi ).
3. Pembentangan Penyata Kewangan.
4. Pemilihan Ahli Lembaga Koperasi.
Setiap ahli pastinya mahu kadar pulangan dividend semaksima mungkin. Kalu boleh setiap tahun mesti lebih tinggi berbanding
tahun sebelumnya. Namun, harus realistik dengan pencapaian keuntungan dan kedudukan kewangan koperasi. Ini tergantung kepada sejauh mana ALK dan pengurusan koperasi mengatur pelaburan, perniagaan, aliran tunai dan pusingan modal.
Adakah honorarium itu "candu" kepada ALK ? Atau ALK sudah "ketagih" akan candunya ??? Personally, aku setuju pembayaran honorarium, namun harus berpaksi kepada % pencapaian keuntungan koperasi. Amalan kebiasaan di KTHB memberi honorarium berdasarkan formula 10% daripada keuntungan bersih koperasi adalah jelas dan telah sedia maklum. ALK dan pengurusan jika mahu lebih "candu", perlu pastikan jumlah keuntungan yang lebih dicapai !!!!.
Setiap koperasi perlukan semakan penyata kewangan daripada internal auditor & external auditor dan ianya perlu mematuhi regulations daripada Suruhjaya Koperasi Malaysia. Setiap kali Mesyuarat Agung Perwakilan, Bendahari akan membentangkan penyata kewangan dan setiap perwakilan diberi ruang untuk menyoal. Ini memang favourite aku, kali ini ada 5 perkara yang aku bertanya iaitu berkaitan admin fees, write off, income from takaful, outstanding creditor ageing & valuation policy. Aku bagi rating 90% penjelasan bendahari mencapai maksud soalan aku.
Pemilihan ALK juga antara "seni yang unik" dalam setiap kali Mesyuarat Agung Perwakilan. Aku agak kaget, tiba2 ada wakil dari TH "sudi" mencalonkan nama aku, terima kasih atas "kepercayaan", namun bukan "posisi" itu idaman qalbu, sepantas kilat aku bingkas "menolak pencalonan itu". Namun, aku agak terkujat bila Pengerusi Mesyuarat tiba2 "menyerang & smash bola yang bukan tanggung" dengan kata2 " kenapa tarik diri seolah lembik sebelum masuk".... saya pengang kata2 ini Tuan. Mungkin beliau berjenaka, namun analogy itu kurang cerdik dan tidak kena gayanya.
Pendapat peribadi aku, semua ALK dan pengurusan/ pentadbir perlu diberikan target n kpi tahunan sebagai sasaran yang perlu dicapai. Harus diubah mindset, belanjawan bukan hanya target perbelanjaan sahaja, perlu juga target unjuran hasil pendapatan dan keuntungan berdasarkan kpi tertentu.
Usul lisan juga perlu dirai dan diberi ruang kepada perwakilan. Ini adalah platform paling sesuai untuk bercakap.
Promosi, marketing & planning perlu dilipatganda untuk bersaing dalam perniagaan. Usah terlalu bergantung kepada strategy n kaedah conventional. Usah juga terlalu selesa. Tahniah kepada semua ALK, Pengurusan Koperasi & Perwakilan.
Ini sekadar luah rasa & pandangan peribadi. Moga KTHB terus success dan semua ahli terus support untuk kelestarian koperasi.
Thursday, 7 March 2019
Lidah Cerminan Hati
Kita sering mendengar ungkapan " Lidah Tidak Bertulang", " Kerana Mulut/Lidah Badan Binasa ", "Lidah Perasa Hati".
Lidah itu adalah pencetus apa rasa di dalam hati. Jika kita mahu tahu apa yang ada di dalam hati manusia, perhatikan perkataan & lisan yang keluar daripada lidahnya.
Hati itu tidak nampak, ianya berada di dalam jiwa dan pemikiran seseorang. Bila kita melafaskan kata2 daripada lidah, sebenarnya ianya adalah hasil rasa yang berada di dalam hati dan pemikiran kita.
Lidah juga adalah utusan hati. Hati tidak boleh berkata, namun lidah berperanan menzahirkan lisan yang terhasil daripada cetusan di dalam hati.
Size lidah cukup kecil, namun risikonya cukup besar. Lidah juga adalah anggota yg banyak melakukan dosa. Namun, lidah juga boleh membawa kita ke Syurga jika digunakan ke arah kebaikan.
Sedarkah kita, di Akhirat nanti, lidah akan terkunci, anggota lain pula yang punya suara. Moga2 lidah kita terpelihara dari maksiat dan dosa, lidah terpelihara terhasil dari hati yang bersih. Biarpun lidah nampak merah warnanya, namun belum tentu hati juga warna yang sama, mungkin hati legam gelita berjelaga.
Jangan kita menjadi Mufis di akhirat dek kerana bahana lidah dan hati tidak terpelihara. Tapi ada juga antara kita selalu bilang, " saya lidah sahaja jahat, tapi hati baik".... mungkin ini si munafik yang pandai bermuka2, hati jelaga, lidah dusta.
Moga Allah melindungi dan merahmati kita serta kita mampu mengawal lidah dan hati serta peroleh Jannah di Sana.
Monday, 4 March 2019
Yang Benar Itu Pahit
Surah Al Asr.
Surah ini sering dibicara oleh para Agamawan. Apa yang menariknya, maksud bagi terjemahan " Berpesan2 Dengan Kebenaran, Berpesan2 Dengan Kesabaran".
Kita juga sering mendengar kata2 pujangga yang berbunyi " Berkata Benarlah, Walau Pahit Sekalipun".
Yang benar kebiasaannya memang "pahit untuk ditelan, pedih mata memandang, bingit telinga mendengar". Namun, dalam pahit, ada nikmat tersendiri yang sukar dinyatakan. Ibarat penggemar kopi pahit, biarpun pahit, namun penggemarnya tetap syahdu puas menghirup nikmat pahitnya. Namun, adakah yang manis itu kemuncak nikmat ? Belum pasti manis itu membahagiakan. Manis di bibir bisa menggoncang nafsu, manis di makanan/minuman bisa membawa bencana penyakit.
Berbalik kepada pahit, resam orang melayu, walau pahit, dikata dalam berkias, menafikan rasa pahit, berkata "Ok sahaja" biar hati meronta "Pahit sungguh". Ayuhhh, kita berkata benar, jika pahit, katakanlah pahit, ceritakan perkara benar, realistik, tidak berpura2, walaupun ianya "pahit" di hati pihak tertentu.
Begitu juga pihak berkepentingan, jika ada respond yang "pahit didengar", berlapang dadalah, moga2 maklumbalas yang pahit itu berguna untuk kita muhasabah kembali, mencari punca, merangka strategy & solusi dalam proses penambahbaikan bagi mengawal pahit menjadi manis yang bermakna. Pokok pangkalnya back to basic, semua harus berkata benar, mencari benar, bertindak benar, dan akhirnya mencapai keputusan yang benar.
Untuk mencari benar, kembarnya adalah sabar. Jika gelojoh, tergesa, tidak bersistematik, kemungkinan hasilnya tidak seberapa.
Moga2 kita semua sentiasa manuju kebenaran, berikhiar mencari benar, bertindak dengan benar, Inn Shaa Allah sirna kebenaran menjelma. Ameen.
Tuesday, 1 January 2019
Aset Atau Liabiliti
Buat mereka yang punya background dalam ilmu accounting pasti sudah masak dengan 2 istilah ini. Aku tidak mahu ulas berkaitan accounting, tapi sekadar mahu bicara secara general.
Maksud mudah untuk faham, aset adalah harta manakala liabiliti adalah tanggungan. Kebanyakan orang akan terus memberi tafsiran itu, mudah dan jelas.
Cumanya aku mau tanya, berikan aku 1 aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara. Mungkin akan ada yang senaraikan tanah, emas, tunai, properties, harta tetap, dan macam2 lagi. Macam mana dengan RAKYAT ? Adakah RAKYAT merupakan Aset Negara ? Atau RAKYAT menjadi Liabiliti Negara ? Fikir2kan.
Begitu juga dalam konteks Organisasi/Syarikat/Perusahaan. Apakah Aset kepada Syarikat ? Sama juga, kita akan senaraikan tanah, bangunan, tunai, debtor's, harta tetap dan lain2. Bagaimana dengan PEKERJA ? Adakah PEKERJA merupakan Aset Syarikat ? Atau PEKERJA menjadi Liabiliti Syarikat ?
Setiap warga @ Rakyat @ Pekerja adalah Modal Insan yang cukup berharga. Soalnya adakah semua menjadi Modal Insan dan Harta, macam mana jika yang korup, tidak competent, tidak berintegriti, tidak menyumbang kepada produktiviti ? Adakah mereka ini sebenarnya BEBAN YANG TERTANGGUNG ?
Namun, adakah yang hari ini kononnya menjadi aset modal insan tetapi tiada inisiatif memberi tambah nilai, malahan prestasi makin merudum, mungkinkah golongan ini boleh tergolong menjadi Beban Yang Tertanggung ?
Begitu juga sebaliknya, mungkin Kelompok Beban Yang Tertanggung pada hari ini, namun pantas membetulkan diri, menambah ilmu, membuat koreksi, menunjukkan inisiatif, proaktif dan akhirnya memberi hasil produktif yang baik, gologan ini bisa menjadi Permata Harta Modal Insan yang cukup bernilai.
Kesimpulannya, Aset jika digunakan sebaiknya boleh menjadi harta yang cukup bernilai, namun jika disalah tadbirurus, tidak di atur stategi, tiada penambahbaikan, tiada integrity, produktiviti rendah, akhirnya aset bisa menjadi liability yang cukup membebankan. Namun, liability hari ini, jika dikawalselia, diatururus, stategi yang tersusun, akhirnya memberi pulangan menguntungkan.
Kita di mana ? Kita mahu yang mana ? Adakah kita tergolong dalam kelompok RAKYAT dan PEKERJA yang menjadi Aset atau Liabiliti ? Adakah kita selesa dengan kondusi itu ? Tepuk Dada, Tanya Akal dan Iman. Fikir2kan.