Sunday, 18 December 2016

Beku

Aku terus beku,
Kerna aku 'terkurung' di dalam peti 'beku'.

Aku 'terpaksa' membeku,
Kerna tidak punya 'anak kunci' membuka belenggu peti 'beku'.

Aku dungu memikir akan 'beku',
Kerana hanya mampu melihat 'aliran cair',
Namun aku terus membeku.

Mengapa harus biar diri dibeku,
Jika tiada 'tangan' cairkan beku,
Harus 'cairkan sendiri' bekuan itu.

Yang cair mengalir,
Usah bangga aliran mu laju,
Usah mendabik dada kau mampu segala,
Sedang aku terus beku.

Aku tidak tahan lagi melihat diri dibeku,
Aku mahu mengalir ke hilir n hulu.

Beku buat diri jadi dungu,
Beku buat akal 'tertipu',
Beku bisa mengalir bila ada 'haba',
Aku ku daki 'haba' itu,
Aku ku cari cahaya 'haba',
Untuk ku usir 'kebekuan' yg terlalu lama.

Tuesday, 1 November 2016

Demam Awal Bulan

Setiap awal bulan, semua orang akan 'membebel', 'mengomel', 'mengulas' persis gaya pakar ekonomi, sejarahwan, politicians, wartawan. Tak lain dan tak bukan pastinya berkaitan turun naiknya harga minyak.

Boleh la kita gelarkan sbg 'demam awal bulan'. Naik jer harga minyak, maka semua akan membuka langkah bunga silat, silambam, kungfu. Masa ini taring makin panjang, kuku makin tajam, ngauman makin galak berteriak. Bila harga turun, langkah ganas terus mengendur, hingus mengalir, taring patah, kuku tumpul, ngauman pak belang menjadi ngiauman si tompok comel.

Soalnya, berapa lama amarah ini bertahan, marah tapi terus memangkah, geram tapi terus mengeram, benci tapi hati tidak berani, meluat tapi tetap juga terpikat, bengang tapi terus jadi bangang.

Adakah demam ini demam bermusim sahaja, bila mengundi tetap 'yang itu dihati', mulut membenci tapi pangkah yg lain tidak berani, hati berontak tapi rela poket terus dirompak n dikoyak.

Ayuh..... nekad mahu merobah, mahu tunjuk rasa marah dengan pilihan memangkah, buktikan setajam mana taringmu, seutuh mana kentalmu, sekuat mana ngaumanmu, seteguh mana langkah bunga silatmu. Demam ini makin parah jika terus membiar tanpa penawar. Apa penawarnya...... tepuk dada tanya sendiri... usah demam dungu ini terus begini.

Sunday, 2 October 2016

Pidato

Tetiba hari ini ada 2 nama yg aku ingat sudah ' arwah' tapi rupanya masih hidup iaitu Ezam n Lokman. Siapa mamat nie?

Semasa gelombang 98, dua orang mamat nie adalah antara pemidato anak muda yg aku suka dgn lenggok n gaya mereka, kerana ada iras dengan Sivaji Da Boss.

Masih terngiang pidato pertama kali aku dgr live mereka bertiga di Simpang Kerayong, Triang pada tahun 98. Aku cukup kagum dgn pidato kamu ezam n lokman. Berdentam dentom vokal yg kamu berdua lontar kan waktu itu, aku yakin kamu antara pimpinan muda yg berkarisma n 'bersih '.

Semangat juang kalian juga kental masa itu hingga pernah menjadi 'tahanan'. Namun, kalian 'mengubah kiblat ' akhirnya dgn 'title' jawatan besar. Pasti Sivaji Da Boss 'keciwa ' dgn kalian pada masa itu.

Hari ini kalian saling 'menyerang ' sambil menonjolkan diri siapa lebih 'bersih'.... nak ketawa pun ada... nak nangis pun ada tgk gelagat kalian.

Cuma aku mau kata kalian mmg pernah menjadi idola aku suatu masa dulu, tapi
kini tidak lagi ..... ermmm  dah lama nama kalian aku tak dengar... tapi hari nie tetiba muncul.... petah bicara n berpidato belum cukup memadai utk diri dihormati.

Monday, 19 September 2016

Korupsi

Hari ini aku tertarik dgn 'bongkaran' di dalam www.edisirakyat.com iaitu sebuah program di indonesia seakan sama dengan program 999 di tv3. Isu nya berkaitan Pendatang Tanpa Izin @ Pati yang masuk ke Malaysia.

Dinyatakan bahawa wartawan rancangan terbitan TransMedia Indonesia telah menyamar sebagai TKI dan meloloskan diri untuk masuk ke Malaysia dari Indonesia secara haram melalui Tawau. Amat memeranjatkan bahawa begitu mudah nya orang luar masuk ke Malaysia secara haram dan terdapat unsur korupsi 'semurah' rm50-rm100.

Adakah benar dakwaan ini????. Jika benar, malapetaka apakah ini???? Pihak Berkuasa terlibatkah???? Jika benar ada unsur korupsi, mereka adalah 'pengkhianat ' negara. Jika dakwaan ini hanya dakyah tuduhan tidak berasas, langkah menjernihkan maruah Pihak Berluasa perlu segera diambil.

Serius kah gejala korupsi?? jawapan nya mungkin ada pada kajian dan analisa oleh sprm dan lain2 kajian analisa ilmiah oleh ahli akademik bijak pandai.

Bahasa mudah faham, korupsi nie sama dengan rasuah, duit kopi, duit under table, salah guna kuasa dengan peroleh imbuhan sebagai balasan / ganjaran. Bila sebut rasuah automatic dalam kepala sebahagian besar masyarakat terbayangkan pihak berkuasa beruniform. Tidak dinafikan mungkin ada banyak contoh, namun adalah tidak adil kita melebelkan semua unit dan anggota pihak berkuasa terlibat dgn korupsi.

Jika ada asas yg jelas terbukti , kekadang terfikir juga, tak kenal dosa ke, tak takut azab kubur n neraka ka!!!!!

Nak kata gaji tak cukup, sampai pencen pun gaji sentiasa tak cukup, selagi kehendak sentiasa melebihi keperluan.

Apa yg menyebkan korupsi bersama ???? Pada aku ada beberapa factor:
1. Nipisnya iman.
2. Lifestyle yang sentiasa mau nampak hebat.
3. Kehendak macam syaitan yg haloba melebihi keperluan sebenar.
4. Kelemahan sistem pemantuan.
5. Sudah menjadi kebiasaan dan tidak rasa bersalah. Kata orang korupsi nie macam 'candu', sekali dah 'rasa sedapnya' makan duit korup, para 'pemakan' ini akan 'ketagih' mahu menghisap candu korup. Peringkat awal mungkin takut2 n malu2 nak amik, namun  bila selalu "merasa" manis n mudahnya korup, pasti akan ketagih n mahu sentiasa. Terasa bisa menusuk agak nya bila tak amik candu korup hehehe.

Selalu juga didedahkan antara golongan yg telah ketagih candu korup adalah ahli politik, pimpinan organisasi, ahli perniagaan dan ramai lagi.

Kata pepatah lama, manakan berbunyi jika bertepuk sebelah tangan. maksudnya korup ini berlaku setelah kedua2 pihak setuju utk malayari korup secara jemaah.

Akhirnya, ayuh kita berdoa moga Allah menjauhkan kita dari fitnah korup, orang korup. Bayangkan azab nya adalah penjara dunia, azab akhirat.

Thursday, 15 September 2016

Pingat

Musim ini musim pingat. Semua mata tertumpu di Rio, Brazil semasa temasya Sukan Olympic. Sebabnya semua negara mahu mengejar "Pingat" . Ada 3 jenis pingat iaitu Emas, Perak dan Gangsa. Malaysia mensasarkan "Pingat" Emas pertama di Olympic, namun kita "kurang berjaya " kerana gagal mendapatkan Pingat Emas, namun kita perjaya membawa pulang Pingat Perak dan Gangsa dalam acara Badminton, Terjun n Basikal. Pencapaian terbaik berbanding penyertaan olympic tahun2 sebelumnya.

Namun, atlet Paralympic lebih menonjol dalam menyumbang "Pingat" Emas, sehingga kini sudah 3 Pingat Emas. Wow!!! Atlet Paralympic memberi signal sindiran kpd warga Malaysia bahawa mereka "lebih " berjaya walau banyak kurangnya.

Aku lebih berminat melihat bahawa "Pingat" adalah penentu aras kejayaan n penghargaan. Pemenang "Pingat" di anggap Wira Negara dgn imbuhan melimpah ruah, hingga jutaan ringgit tunai disaamping imbuhan pencen sampai mati, hadiah berbentuk tajaan hadiah dan sebagainya. Tahniah.

Namun terfikir juga kita, adakah atlet sahaja yang perlu "dilayan " dan "ditatang " , "dipuja", "dimanja " serta dihargai hanya kerana dianggap Wira Negara. Kalu difikirkan ada ramai lg wira yg mengharumkan nama negara. Contohnya Johan Musabaqah Al  Quran, Wakil Angkasawan Negara Pertama, Pemenang Pingat Emas dalam Pameran Kajian University peringkat dunia, Johan Debat Antarabnagsa, dan bnayak lagi. Namun, mungkin atlet berada pada kasta tertentu untuk diganjarankan.

Pokoknya adalah Pingat. Namun hakikatnya manusia memang mengejar pingat. Ada pelbagai lagi jenis pingat, termasuk pingat kebesaran penganugerahan. Kekadang pingat itu hadir tanpa dipinta kerana menghargai jasa bakti namun ada juga manusia terus meminta2 diberi pingat untuk melonjakkan kasta diri.

Ganjaran pingat hakiki pastinya Syurga Allah. Ada bermacam jenis level mengikut amalan. Inilah PINGAT hakiki yang perlu dikejar.

Pingat dunia atau pingat Akhirat. Alangkah Bahagia jika kedua2 nya.

Monday, 5 September 2016

Makan Gaji

Dah lama aku tak 'melontar' catatan dalam blog. Entah kenapa hari ini aku seakan 'tertarik' dengan istilah MAKAN GAJI.

Kebiasannya Makan Gaji boleh aku rumuskan sebagai individu yang mendapat sumber pendapatan melalui gaji, elaun dan lain2 imbuhan daripada majikan secara harian, mingguan, bulanan atau secara pajak, piece rate dan berdasarkan produktiviti. Bahasa mudahnya kerja dengan majikan dan dapat upah... itulah Makan Gaji. Majikan pulak ada dalam sektor awam pastinya kerja dengan agensi kerajaan manakala bagi private sectors majikan adalah Syarikat @ Tokey.

Lawan bagi perkataan Makan Gaji adalah Bekerja Sendiri iaitu Berniaga @ Business. Dengan kata lain jadi Tokey @ Owner kpd Company.

Majikan pertama aku pastinya "Abah" aku sendiri. Dulu masa aku sekolah, Abah pernah berniaga bukak kedai runcit kat Felda Kemasul, Triang. Aku la "pekerjanya"... dapatla "upah "... tapi business Abah tak bertahan lama, akhirnya kedai Abah tutup... hilang la "upah " aku.... aku masih ingat kecewa nya Abah bila dia nk ambil keputusan tutup kedai. Masa itu aku lebih kurang usia 12 tahun.

Aku diam2 cari Buku Penghutang yg Abah n Mak catit, MasyaAllah, ramainya orang yang berhutang dgn Abah, patut la susah nak pusing modal. Bayangkan pada usia 12 tahun, aku beranikan diri pergi ke rumah salah sorang penghutang, kalu tak silap namanye aku panggil Pakcik Mee, dengan selamba dia kata, "aku mana ada hutang ngan Ayah hang"... aku pulang hampa n batalkan niat ku untuk "mengutip" hutang pada senarai Buku Penghutang.

Orang Felda, hutang dengan Tokey Cina n Benggali, bukan main bayo on time, hutang dgn Peniaga Melayu, "liat" nak bayo. Seronok agaknya tgk kedai "kawan2" lingkup.... aku mmg emosional... pada usia sehijau itu aku sudah nampak sukarnya menjadi peniaga.

Aku juga pernah makan gaji dgn amik upah ikut Abah ke ladang, aku nie badan kecik, bayangkan nak angkat Buah sawit yg lebih berat dari berat aku.... Hehehe. Yang best kutip buah lerai @ biji lerai sawit, satu guni aku dapat rm3 , nak dapat rm3 satu guni aku kena cari kat pangkal bawah pokok sawit, dari 1 pokok ke 1 pokok. Nak patah pinggang di buatnye.

Abah aku juga amik upah menoreh getah kat Risda Simpang Durian yg jauhnya dalam 20 km, kat Risda Lembah Jaya Pelangai yg jauh nya 15 km n kampung Chemomoi yg jauhnya 6 km dari rumah aku. Time cuti sekolah kerja aku kutip getah sekerap dari 1 pot ke 1 pot setiap pokok getah. Yg rimas nya adalah nyamuk n pacat hehehe. Tapi bila dapat sedikit upah, lupa kejap nyamuk n pacat, tidak la lumayan tapi spt serampang 2 mata, dapat upah n dapat tolong Abah.

Lepas habis Spm, aku ke Kl , mencari kerja sementara tunggu result periksa. Aku dapat jadi cashier kat Keramat Supermarket area chowkit. Aku tompang umah sepupu kat padang tembak. Dapatla gaji kalu tak salah rm600 , masa itu tahun 1996/97. Pergi kerja naik bas mini kaler pink hehehe, tapi sbb tak cukup duit, banyak kali jugak jalan kaki jer pergi n balik kerja.... lalu shortcut ikut setinggan padang tembak..... tak lama lebih kurang 2 bulan.... masa tu kerja bulan puasa.... bila apply cuti raya tak approve, lps dapat gaji aku resign hehehe.

Entah mcm mana walaupun result spm aku "cangkul " aku dapat sambung kat utm skudai... dalam masa cuti semester aku pernah kerja jadi cleaner n pernah juga kerja kilang... nak cari duit kena kerja kan... semuanya MAKAN GAJI.

Ok, masa kecik kat kampung, contoh kerjaya depan mata orang makan gaji adalah Peneroka Felda, Cikgu Sekolah Kemasul, Pegawai Felda Kemasul n Polis Kemasul. Bila tgk Cikgu n Pegawai Felda pakai proton saga, aku tgk abah pakai honda 90 cc. Kerjaya Cikgu terus jadi cita2 awal aku utk Makan Gaji.

Lps habis belajar aku pernah jadi account clerk kat Kesas Hiway, Acc Exec kat Bumi Hiway, pernah juga kerja Banci bersama Jabatan Perangkaan secara upah harian. Aku juga pernah jadi Guru Ganti n Pernah juga amik kpli kdc.

Akhirnya aku "tercampak " di thp sbg KERAni Audit pada awalnya. Semuanya aku MAKAN GAJI.

Adatla bila Makan Gaji, tambah2 dgn jawatan rendah, pengalaman jd cleaner, cashier, buat banci, kutip sekerap, kutip biji lerai n jadi KERAni, rasa dipandang sepi, low class, ada ketikanya pernah di maki.... adatlah MAKAN GAJI jadi KULI.

Aku kini masih terus Makan Gaji...Alhmdulillah rejeki Allah bagi. Biarpun ada ketikanya Orang Makan Gaji kena Makan Hati, Tapi Perut perlu diisi, cekalkan hati... cari rejeki utk family.

Apa yg mengembirakan Org Makan Gaji. Pertamanya pastilah Hari Gaji... senyum dari pagi sampai ke pipi. Keduanya pasti kalu ada Bonus, masa nie la orang Makan Gaji senyum sampai bawak dalam mimpi. Ketiga Increment @ Kenaikan Gaji, tapi bila company goyang, increment tak muncul2 lagi, doa agar increment hadir umpama bulan jatuh ke riba. Ke 4 Naik Pangkat, kalu ada rezeki cepat naiknya... tambah2 kalu ada 'C' lagi cepat naik nya. Pernah dulu aku dimaklumkan oleh Org Besar, katanya " Kau Masuk Salah Tahun ".... tak apa la..... Rejeki Allah yg punya. Yg penting kita yang Makan Gaji Teruskan Kerja.

Tak kira la kita nie Makan Gaji atau business sendiri  , semua rezeki ketentuan Ilahi. Yg penting usaha n terus gali... jaga Integrity, Tingkatkan Prestasi.

Namun.... jauh di sudut hati.... sampai bila lagi...... terus menerus begini...... ahhhhh buang jauh rasa tak puas hati..... Syukur atas Rezeki..... Nikmat bukan hanya pada besar mana pangkat n gaji..... Nikmat apa yg dicari.... lu fikir la sendiri....

Ini lah nukilan si Pemakan Gaji.

Sunday, 28 August 2016

Dhuyufurrahman @ Tetamu Allah

Hari ini 2 sahabat aku berangkat ke Mekah utk menunaikan Haji, Badli n Irwan. Badli pergi bersama ayah n emak, Irwan pula sebagai Petugas Haji.

Terkenang di masa ini 2 tahun yang lalu, aku 'Dijemput" untuk membuat Umrah n Haji atas 'tiket' Petugas Haji. Biar apa pun kaedah n cara kita "Dijemput", ianya hanya "asbab" , yang pentingnya Allah memudahkan untuk memberi "rejeki" menunaikan Umrah n Haji.

Walaupun telah berlalu hampir 2 tahun, namun kenangan n pengalaman sebagai petugas haji tahun 2014 adalah memori indah yg aku akan kenang dunia akhirat. Gang2 petugas penerbangan spt Hj Azrin, Hj Lokman, Hj Hidam, Hj Azlin, Hj Azahar, Hj Rahim, Hj Jamil, Hj Jefri n Hj Azmi serta anggota MAS Hj Habib, terima kasih teman2 kerana jasa kalian akan dikenang sampai bila2.

Petugas junior spt aku, sblm berangkat pasti dlm hati n kepala banyak yg difikirkan, namun berkat kerjasama dlm team disamping mendapat bantuan Allah, semua dapat disempurnakan, Alhamdulillah. Aku yakin Irwan akan hadapi semua ini.

Buat Badli aku doakan dia peroleh Haji Mabrur disamping sentiasa membantu Mak Ayahnya di sana.

Buat Irwan selamat Bertugas n Beribadah, Santuni lah Para Dhuyufurrahman. N Akhir nya peroleh Haji Mabrur.

Thursday, 14 July 2016

Salam Idulfitri, Maaf Zahir Batin

Salam Idulfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Demam raya masih terasa walaupun sudah berada pada minggu ke 2 Syawal. Aku tidak berminat nak ulas berkaitan sambutan raya, cuma aku tertarik dengan isu panaz dalam negara sepanjang  Syawal ini.

1. Tun M mau tubuh parti baru.

Lepas anakda Tun M diusir keahlian nya daripada parti cap keris bersilang tanpa sarung, Tun M makin agrasif merencana politik Malaysia. Yg terbaru merancang penubuhan parti baru yg menggabungkan majority parti pembagkang iaitu cap mata, cap roket n cap oren. Tapi cap bulan masih berdiam diri, masih pening nasik dagang, lemang n kerupat gamaknya. Parti pimpinan  Tun M ini khabarnya memberi fokus untuk menumbangkan parti biru putih cap dacing ( walaupun zaman skrg orang dah pakai alat digital measurements).

Rakyat terpinga2, tercangang2, terbangang2 memikirkan semua ini. Malaysia berpolitik sepanjang masa. Bukak tv, baca surat kabo, bukak blog, cerita politik. Naik muak, loya.

Aku tak mau ulas lebih2 aku sokong yg mana. Cumanya orang politik, Yb, senator,menteri n pimpinan ngo berbau politik nie keje ke tidak, isu pokok spt tekanan ekonomi, inflasi, kenaikan harga, pengangguran, isu graduan x keje, isu penberhentian kerja, isu gst, isu ketirisan aset negara, isu integrity, jenayah, moral n bnayak lagi. Isu nie bnayak lagi yg tak selesai. Yg berpihak kpd kerajaan akan ckp semua ok, yg menentang akan ckp ko.

Akhirnya rakyat menjadi dungu, bangku n tak tau nk buat apa. Cuma nasihat aku pd semua pimpinan n ahli politik, apa pun keputusan n tindakan kalian, ingat Allah n ingat Mati.

2. David Teo  n P.Ramlee

Uncle apek nie 'usik' sikit jer, amboihhh bukan main aksi melompat, melenting, melalak. Siap ada yg suruh mintak maaf kat kubur Arwah. Mazhab mana niee...

Apek nie dah mintak maaf secara terbuka, kita pulak lebih2 umpama hulubalang pendekar membuka langkah tapi kaki kengkang mengatur bunga silat. Aku tidak berpihak kpd apek nie, mungkin dia tersalah ckp, atau dia sengaja mencuri publisiti utk movie terbarunya, org berniaga langkah nye mcm org politik bnyak tersirat dan muslihat.

Sejujurnya aku mengkagumi karya seni P.Ramlee. Al  Fatihah buat beliau.

3. Jenayah.

Kejadian tembakan n letupan makin kerap. AllahhuAkbar. Kita jadi takut. Tak selamat dah ke, apa dah jadi ngan negara kita, mana rasa kemanusiaan, keharmonian.

Aku yakin pihak berkuasa mampu mengawal dan keadaan masih under control. Ya Allah selamatkan Kami dan Negara Kami.

4. Drama n Movie Melayu.

Aku sebenarnya pencinta drama n movie melayu. Cuma kebelakangan ini plot ceritanya makin ke laut. Kisah cinta ala2 cinderella, business juta2, ceo muda2, cinta terhalang oleh kekuarga, ada watak jahat penghalang cinta cinderella, keluarga kaya koprat.

Bukan 1 atau 2 plot cerita mcm itu, tapi majority. Adoiii layan boboiboy lagi syok hehehehe.

Cukup dulu sekadar ini komentar semasa. Selamat Hari Raya, Maaf Atas Segalanya.

Thursday, 2 June 2016

Ujian Buat Sahabat

Hari ini aku mendapat 2 perkhabaran yg menyentuh rasa. Pertama kisah kemalangan seorang sahabat n kisah kedua berkaitan berita seorang sahabat yg ditamatkan perkhidmatan kerja.

Kisah 1 : Kemalangan sahabat lama.

Aku mendapat khabar, sahabat sekampung, sebaya, sama sekolah, pernah sekelas, yg aku dipanggil 'pejal' mengalami kemalangan di kuala lipis. Keadaannya kritikal dan masih belum sedarkan diri di icu hospital temerloh.

Berdasarkan gambar yg dikirim teman2 lain, MasyaAllah, agak teruk kemalangannya dan ada kecerderaan pada paru2.

Sahabatku 'pejal', berat sungguh ujianmu, aku hanya mampu doakan moga kau cepat sedar, sembuh n dapat jalani kehidupan seperti biasa. Rasanya lebih 10 tahun kita tak pernah berjumpa n berborak. Tak banyak kenangan bersama kau yg aku ingat, cuma bila sebut nama kau, secara automatic aku terbayang moto vespa kau.

Buat sahabatku pejal n seluruh ahli keluargamu, bersabar, kuatkan semangat n mohon pada Allah utk keselamatan, kesihatan.

Kuatkan Semangatmu Sahabat.

Kisah 2 : Penamatan Kerja Sahabat.

Aku mendapat khabar, seorang sahabat yg boleh dipanggil 'R' telah menerima surat penamatan@ pemberhentian kerja.

Ya Allah, beratnya ujianmu sahabat. Walaupun aku tak tau 'siapa majikanmu', khabarnya sebuah syarikat yg agak "gah", pastinya ujian penamatan kerja cukup memeritkan, memeranjatkan, namun inilah hakikatnya. Dalam suasana ekonomi tidak menentu, penamatan kerja adalah satu 'malapetaka dunia' yg amat digeruni oleh mana2 org yg berstatus 'makan gaji'.

Tak pula aku tahu asbab sahabatku diberikan 'notice' tersebut, sama ada ada ada masalah integrity, moral, performance, competency, conspiracy atau seumpamanya. Jika asbab kerana kesilapanmu sahabat, muhasabah kan diri, berusaha perbaiki.

Namun, jika asbabnya unsur yg kau tidak ngerti, diluar kawalan diri, atau dirimu 'dibenci', mengadulah pada Yang Maha Kuasa, kerana Allah mengetahui atas segalanya.

Berat mata memandang, pasti lebih berat bahumu menanggung nya. Cukup getir ujianmu sahabat. Walau kita bukanlah begitu akrab, namun aku cukup rasa simpati.

Rejeki ini milik Allah. Semua Allah yg punya. Usah terlalu mikirin akan perihal 'periuk' dan 'pasir'. Hidup mesti diteruskan utk keluarga n waris. Doaku agar kau tabah dgn ujian ini, mungkin ujian ini medan utk Allah mau 'meningkatkan darjatmu' sahabat.

Selamat Maju Jaya Sahabat.

Thursday, 26 May 2016

Kisah Pemandu Teksi Limo

Alhamdulillah penerbangan aku dari Kuching selamat tiba di KLIA jam 12.45 tengahhari. Aku ambil keputusan guna perkhidmatan Teksi Limo untuk balik ke Selayang.

Aku disapa oleh teksi driver, rashid namanya yg tinggi orangnya, muka garang tapi cukup peramah. Dari airport aku n abg Rashid borak sampai kat depan rumah.

Topic borak asalnya abg rashid tanya pasal aku, dari mana, org mana, keje mana n mcm2 lagi. Bila giliran 'auditor' bertanya, aku berjaya merungkai kisah 'unik' abg rashid.

Beliau berusia 51 tahun, hidup membujang dan tidak pernah berkahwin. Berasal dari gombak dan kini menetap di wangsa maju.

Bila aku tanyakan pasal family dia, dia seakan terkedu tanpa bicara dlm lebih kurang 15 saat tanpa respond. Tetiba abg rashid bersuara, " encik, kisah abg nie memang sedih n susah nak cerita".

Serba salah plak aku dibuatnya. Abg rashid bersuara, " abg lari dari family, sejak umur abg 20 tahun, langsung tak balik jumpa mak ayah n adik beradik". Terbayang dlm kepala aku, brother nie dah 31 tahun x jumpa mak ayah n adik beradik, wow.

Abg rashid tak cerita apa puncanya, tapi yg buat aku "tersentak" dia bg tau dia tak pernah maafkan mak, ayah, adik beradik, pak cik2 dia. Wow, automatic otak aku terus membuat 'hukuman awal', anak derhaka brother nie, biar betik, dia berdendam ngan family sendiri.

Tapi bila aku layan cerita dia, aku terfikir, adalah tidak adil aku 'menghukum' abg rashid sbg 'anak derhaka' kerana hanya dia yg melalui kehidupan yg mungkin hanya dia yang memahami n menanggungnya sendirian.

Dia bg tau, masa dia dapat berita kematian ayahnya, dia seolah tak tersentuh langsung n tak rasa sedih n niat nak ziarah. Yang lebih aku 'tersentak', dia kata dia tak pernah doa, sedekahkan al fatihah malahan tak pernah pergi ziarah kubur. Wow.... keras sungguh hatinya.

Dia bg tau, sbb itu dia tak nak kawin takut perjalanan hidupnya diwarisi oleh anak2 dia. Dia redha kehidupan dia sebatang kara sepanjang hayat. Dalam 'keras hatinya' ada jugak 'cairnya' bila abg rashid by tau air matanya akan mengalir pada malam raya bila mengenang kisah perjalanan hidupnya. Org lain berkumpul dgn family, makan juadah raya, baju baru, tapi abg rashid terus sendirian melayan 'dendam' lama.

Pernah dia nekad utk pulang pd pagi raya, dari jauh dia dah nampak rumah family, tapi saat itu dia 'tewas' kerana 'dendam lama' masih melekat dan akhirnya dia berpusing tanpa balik bertemu, bersalam, berpeluk, mohon ampun n mengeratkan kembali hubungan keluarga. Aduhhhh kuatnya 'dendam' mu.

Abg rashid bg tau, dia langsung tak kenal siapa anak saudara dia. Pernah dia cuba berjumpa seorang ustaz utk tujuan 'melembutkan' hati 'batunya' tapi batu itu cukup kebal, kukuh dgn 'dendam' tanpa boleh dihakis oleh nasihat ustaz tersebut.

Abg rashid dgn tegasnya bg tau aku, dia dah anggap semua family dia dah 'MATI'. Terkedu aku.

Mulut aku seakan 'terkunci', telinga aku terus setia 'melayan' kisah si teksi driver ini. Tetiba datang sedikit 'keberanian' utk aku bersuara.

Aku mulakan bicara, ' lama sungguh abg simpan rasa 'dendam' itu, 31 tahun, saya tau, saya tak layak nak nasihatkan abg sbb hanya abg sorang melalui, menempuhi n merasainya, tapi nasihat saya, abg maafkanlah semua org terutamanya mak, ayah, adik beradik n family abg, doakan mereka yg dah meninggal, saya yakin, abg akan lebih 'tenang' lepas abg 'MEMAAFKAN'.

Bila sampai depan rumah, aku sempat mintak maaf kat abg rashid kalu aku membangkit rasa emosi dia. Dia sempat bg tau dia pun tak tau kenapa dia boleh cerita kisah hidup dia kat aku. Agaknya muka aku nie mcm counselor kot heheheh.

Ini lah antara satu daripada jutaan kisah manusia. Kesimpulannya yg aku boleh simpulkan:-

1. Pokoknya adalah keharmonian keluarga. Ini juga memberi pengajaran kpd aku utk terus menyayangi, menghargai keluarga kita mak, abah, wife, anak2, mertua, adik beradik, ipar duai n seluruh keluarga n keturunan. Sayangi keluarga kita.

2. Elakkan rasa dendam. Dendam ibarat cancer. Elakkan perbalahan, putus saudara, permusuhan. Keluarga adalah aset harta kita di dunia n akhirat.

3. Air dicincang tak akan putus. Hubungan keluarga di bawa ke Syurga, Inn Shaa Allah.

4. Sifat 'Memaafkan'. Tak rugi jika kita memaafkan semua orang. Malahan hidup kita pasti tenang.

5. Anak adalah amanah n harta dunia akhirat. Doa anak soleh boleh 'membantu' membahagia mak ayah baik di dunia, di alam kubur n di akhirat.

Akhirnya, aku doakan abg rashid dapat 'membuang' rasa 'dendam lama', memohon ampun maaf kpd keluarga, berlapang dada memafkan semua orang, dan yg lebih penting mendoakan kerahmatan arwah mak ayah nya di alam barzah. Moga ukhuwah kekeluargaan yg terputus selama 31 tahun kembali bertaut kukuh. Buang yg keruh ambil yg jernih.

Akhirnya, aku nak bg tau AKU SAYANG FAMILY AKU DUNIA AKHIRAT.

Monday, 16 May 2016

Kisah Aku Dan Cikgu

Setiap tahun tanggal 16 Mei semua orang akan terkenang Hari Guru. Biar apapun panggilannya sama ada Guru, Cikgu, Cikgi, Ustaz, Ustazah, Lecturer, Sifu, atau lain2 nya, mereka pastinya Insan Istimewa yang berperanan "Mendidik" anak bangsa.

Tanggal 16 Mei terlalu 'istimewa' buat kami sekeluarga kerana ianya adalah tarikh ulang tahun kelahiran "Guru" pertamaku dalam hidup iaitu Emak yang tercinta Hajah Rokiah Bt Hj Ishak.

Pastinya Insan ini iaitu Emak adalah guru yg pertama dan terus menerus mengajar, mengasuh, mendidik, membesar, membantu, mendorong dari saat aku hadir di dunia hingga sampai bila2. Terima Kasih Mak.

Dalam pendidikan formal, aku mula mengenal sekolah dasar di Tadika Kemas Felda Kemasul pada usia 6 tahun. Selepas itu ke sekolah kebangsaan SKFK dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Secara jujurnya entah kenapa memori aku banyak mengimbau kenangan yg "kurang manis" di SKFK. Aku pun tak faham, bila terkenang SKFK, aku akan terkenang perkara berikut:-

1. Jalan itik : Terbayang muka Cikgu Raduan ( skrg mengajar di Perak ), pakai motor rxz putih, dulu masa sekolah inilah Cikgu yg aku 'takut'. Boleh kata selalu kena denda jalan itik dgn Cikgu Wan. Sampai aku jadi tak suka dgn matapelajaran BM yg diajar oleh Cikgu Wan. Akhirnya padah menimpa, aku gagal dlm Upsr utk BM Penulisan, aku dapat 'D'. Semua salah aku sendiri, Cikgu Wan tak salah, aku yg lemah, tak minat n selalu negative sbb aku terlalu membandingkan diri bahawa aku tak pandai berbanding kawan2 spt Ismazuan ( tak tau kat mana skrg) , shahron ( khabarnya Bos Besar di agensi kerajaan), fadzli ( engineer oil n gas), johanis ( tak tau kat mana skrg), rohana ( bos besar di kuantan), jet ( bos perodua pahang), wajey ( tokey besar di kl ), anak ustaz shahidan ( guru di n9), nurul anak Pengurus Felda ( di Jb skrg). Aku mohon maaf pd Cikgu Wan krn terlalu lama aku 'menyimpan rasa' spt ini. Itu perasaan masa aku masih 'hijau' dan belum matang. Sbnarnya semua Cikgu mahukan anak didiknya berjaya. TQ Sir.

2. Nasyid di Sekolah Agama Rakyat Kemasul. Selalunya antara aku atau wajey yang akan jd 'tekong'. Sedap jugak suara aku. Ustaz yg mengajar adalah Arwah Ustaz Razali. Al Fatihah. Walaupun selalu buat persembahan bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6, tapi kemuncak nya masa Tahun 6 aku tidak terpilih wakili sekolah, keciwa betul masa itu. Hehehehe. Skrg bila dikenang, pastinya yg 'terbaik' akan dipilih, maknanya aku 'tak cukup baik' pd masa itu.

3. Upsr : daripada 4 matapelajaran, jujurnya aku bg tau, aku gagal 2 dgn dapat 'D'. Sedih betul. Teman2 yg cemerlang dapat masuk asrama, shahron, ismazuan, johanis, wajey, rohana, n ramai lg. Aku sekolah di SMKC.

5. Kena Penampar. Kejadian di masa aku Tahun 6. Satu pagi baru sampai kelas, tetiba dengar suara 'Cikgu Sham' bertempik " Sapa yg tak ada dalam senarai petugas bersihkan kelas, beratur depan saya". Yang aku ingat antaranya wajey, fadzli, jet n aku. Tak semena2 kami menerima penampor@ tempeleng "TANPA BICARA N SOAL" oleh Cikgu Sham. Masih terngiang batu cingin cikgu sham "menghentak" muka aku. Cehh mental betul cikgu yg naik motor Rd putih biru nie hehehe. Tq Cikgu atas " Tamparan" itu.

4. Antara Cikgu Skfk yg masih dlm memori aku adalah Cikgu Siti, Cikgu Yusof, Cikgu Surizan, Cikgu Basri ( pernah dirotan sbb tak hafal sifir), Cikgu Jamil, Arwah Cikgu Asmah ( Al Fatihah), Guru Besar Cikgu Wahab ( Al Fatihah).

Masuk alam sekolah menengah aku di Sek Men Kebangsaan Chemomoi ( SMKC) dari Form 1 hingga Form 5.

Tak banyak kenangan masa Form 1 kecuali aku teringat nombor periksa keseluruhan Form 1 utk periksa akhir tahun, aku dapat nombor 109. Pehhh hebat tak hehehe. Oleh itu aku 'diturunkan' ke kelas ketiga masa Form 2, kalu nombor 110 masuk kelas nombor 4, nasib dapat masuk kelas nombor 3 iaitu 2 Khuldi.

Minat utk belajar masih samar2 ketika itu. Seterusnya masuk Form 3. Aku dapat Cikgu GSTT @ Cikgu Ganti yg juga menjadi Guru Kelas 3 Khuldi, Cikgu Raja Andah namanya. Cikgu Raja Andah berjaya menarik minat aku untuk belajar walaupun PMR cuma berbaki beberapa bulan jer lagi. Kami pelajar yg 'kurang pandai' diberi 'kelas tambahan' oleh Cikgu Raja Andah di rumah beliau. Aku, Naza ( khabarnya keje di Felda Mengkarak skrg), azizi, pian mat ligat, n 2-3 orang lagi selalu dibantu oleh Cikgu Raja.

Timbul kesedaran utk belajar, akhirnya aku dapat A utk kedua2 subject yg Cikgu Raja ajar. Subject lain..... 'ada yg baik n ada yg sederhana' hehehe. Walaupun tidak cemerlang keseluruhan, tapi ianya adalah 'starting point' utk aku.

Aku juga diberi peluang wakil sekolah utk pertandingan syarahan di bawah bimbingan Cikgu Raja. Walaupun tak menang, tapi itu cukup meyakinkan aku.

Moralnya di sini, jika pelajar yg 'lemah' tapi diberi perhatian n tunjuk ajar dgn skill, berkemungkinan boleh membantu 'menyelamatkan' pelajar tersebut. Tq Cikgu Raja, Cikgu memberi kesedaran awal pada saya.

Lps habis PMR, pelajar2 cemerlang dapat tawaran ke sekolah2 bagus spt mrsm, asrama penuh, teknik n banyak lagi. Teman2 spt fadzli, fauzi, yusri, n ramai lg ke sekolah bagus2. Aku hehehe terus setia di SMKC .

Masuk Form 4, bila best2 students pergi ke sekolah luar, aku 'diberi peluang' utk ke kelas atas, perasan bagus pulak hahaha. Alhamdulillah, momentum utk belajar hadir mulai awal Form 4 hingga berakhir Form 5. Tambah2 aku dapat semua cikgu yg best. Cikgu Rosdin ( skill peta minda), Cikgu Sam, Cikgu Mah Hussin, Cikgu Maziah, Cikgu Norhaizan,Teacher Azza, Ustazah Habibah, Cikgu Wan Salmah, Cikgu Normala n ramai lagi.

Cikgu Rosdin selalu bawak aku wakil sekolah utk mcm2 pertandingan kuiz untuk sekolah daerah Bentong. Banyak kali jugak aku naik van vanette cikgu Rosdin yg ada langsir. Antara kenangan nya, Cikgu Rosdin bawak g Pesta Konvo UkM di Bangi. Anak kampung spt aku dibawa menjejakkan kaki ke university, itu menjadi azam yg aku tanam utk lanjutkan pelajaran ke U lps spm. Tq banyak2 Cikgu.

Cikgu Sam, Cikgu Mah Hussin, Cikgu Salmah , Teacher Azza, Cikgu Normala n lain2 adalah cikgu muda ketika itu yg best, sporting n caring. Tq Cikgu.

Cikgu yg senior ketika itu spt Cikgu Maziah, Cikgu Rosdin, Cikgu Norhaizan n ramai lg mmg best. Tq Cikgu.

Geng aku masa itu usu ( bos besar dlm atm skrg), rizal ( bos besar di iwk), shahidan ( guru di pahang), lan ( bos di mara), akhbar ( bos di majlis daerah bentong), jet ( bos besaq perodua kuantan), suhaili ( bos besar kwsp kl), amad zaini n kizam ( tak tau khabar). Kami mmg satu kepala. Korang mmg best.

Dalam class 'seteru' geng lelaki adalah geng d'snail antaranya azlina ( cikgu di selangor @ wife fadLi) , yati ( best students spm 96 khabarnya bos besar di kementerian pendidikan), roslina ( paramedics di Saudi), deq da, n ramai lg yg aku pun tak berapa ingat. Tq semua.

Masa Form 4, aku n gang Dikir Barat SMKC telah mewakili sekolah dan menjadi juara peringkat Daerah n Negeri. Seterusnya mewakili Negeri Pahang ke Peringkat Kebangsaan di Penang. Kami dapat no 4 di Penang, wow bangga beb. Tq pd Cikgu Md Noor n sifu2 dikir barat atas kepercayaan n peluang ini. Juga pd teman2 spt jan, mie, usu, sotong, nanang, surin, bidi, suhaili, deen, azman n ramai lagi.

Zaman di SMKC bersama kawan2 n Cikgu2 yg Best mmg tak boleh aku lupa. Jasa semua hanya Allah yg mampu membalasnya terutamanya jasa Cikgu2.

Tamat spm, Alhamdulillah aku ditawarkan tempat di UTM skudai. Ada juga member2 sekolah aku do utm walaupun faculty berbeza antaranya yati, akhbar, fauzi n yusri.

Kisah di UTM nx time aku cerita. Hehehe

Aku juga pernah ada pengalaman menjadi guru di Sek Men Selayang Baru ( 2001) dan Sek Keb Sg Kemahal ( 2003 ). Namun, mungkin aku tak punya bakat utk ' mengajar' n rezeki bukan sbg guru. Tapi kekadang rindu juga dipanggil "Cikgu". Biarlah ianya menjadi memori dlm kenangan hidup aku. Buat anak2 murid Cikgu dulu, tegur2 lah Cikgu jika terserempak ya. Cikgu doakan moga semuanya Success.

Kini aku menjadi guru untuk anak2. Moga keberkatan cikgu aku dapat wariskan kpd anak2 ku.

Sempena Hari Guru, aku merakamkan jutaan terima kasih kpd semua:-
1. Mak n Abah ( Guru Sejati sampai bila2).
2. Cikgu Tadika.
3. Cikgu SKFK.
4. Cikgu SMKC.
5. Lecturer Utm
6. Semua yg pernah memberi tunjuk ajar sejak aku lahir hingga skrg.

Maaf jika nukilan ini mengguris hati, ianya sekadar menggamit memori lama berkait guru. Saya Sayang Semua Guru. Tq Cikgu.

Mungkin ada cikgu yg masih bertugas, teruskan mendidik anak bangsa. Jika cikgu telah bersara, selamat beristirehat. Jika ada yg telah meninggal dunia, ayuh kita doakan kerahmatannya. Al Fatihah.

Saturday, 7 May 2016

Tak Mau Berubah, Hati Membantah, Tangan Memangkah

Bila hati tak mau berubah,
Yg itu juga tetap dipangkah.

Bila hati tak mau berubah,
Yg itu juga diangkat memerintah.

Bila hati tak mau berubah,
Dinampak gagah biarpun lemah.

Bila hati tak mau berubah,
Enggan membantah takut disumpah.

Bila hati tak mau berubah,
Semua baik walaupun bermasalah.

Bila hati tak mau berubah,
Itu tanda taat perintah.

Bila hati tak mau berubah,
Jangan marah jika dibelasah.

Bila hati tak mau berubah,
Memang tak boleh blah.

Monday, 2 May 2016

Pekerja : Bekerja @ Mengerja @ Dikerjakan.

Tanggal 1 Mei setiap tahun akan "terlekat di kepala" sebagai Hari Pekerja @ Buruh. Semua akan " tersenyum" sbb public holiday hehehe.

Kenapa di panggil Pekerja @ Buruh. Bos2 samaada Bos Besar n Bos Kecik termasuk ke dlm "group" Pekerja @ Buruh. Ada ke Hari Bos, tak ada kan hehehe. Maknanya Bos pun "Tergolong" dlm kelompok "pekerja @ buruh". Sama jer kan, sama2 dapat gaji, allowance, 'saguhati', increment n lain2. Yang bezanya cuma amount nye, kalu bos pastilah berganda lipatnya, maklumlah bos katakan, mestila lebih. Sebabnya "tanggungjawab" lebih berat dari subordinate pekerja @ buruh @ kuli.

Teringat kata2 pujangga yg aku lupa sumber sanadnya yg berbunyi, seorang ketua yg baik adalah:
" Jika ada kesenangan, biarlah aku orang terakhir menikmatinya, jika ada kesusahan, biarlah aku orang pertama yg menempuhinya".
Ada ke Bos mcm nie, kat tempat aku, Alhamdulillah 'semua' ada ciri2 tersebut. Yer ke..... mmmmmm yer yer yer.

Maknanya, kita bos ke, staf ke, pekerja ke, buruh ke hatta kuli sekalipun, kita merasai 'Hari Pekerja".

Rupanya tanggal 1 Mei sbg Hari Pekerja telah berkuatkuasa sejak 1886 lagi di US sempena kejadian " mogok haymarket @ mogok umum" yg memperjuangkan waktu bekerja 8 jam. Itu sedikit sejarahnya. Maknanya "tuntutan" pekerja melalui "union" adalah satu alternative yg berkesan namun perlu rasional agar wujud win-win antara semua pihak. Tempat korang ada union@ kesatuan kerja? Tempat aku........ shhhhhh ( diam2 jangan ulas nanti dapat kotak)....

Tema Hari Pekerja 2016 adalah "Pekerja Berkemahiran, Penggerak Ekonomi". Makna mudahnya pekerja harus mahir dlm pelbagai cabang ilmu/kemahiran untuk membolehkan lahirnya pekerja yang multitasking, independent, skillful dan competent akan membantu organisasi mencapai objective nya.

Mahirkah kita, selalunya diri sendiri yg menilai keupayaan diri akan 'bias'' dalam membuat penilaian. Kecambahan ilmu, teknologi dan persekitaran ekonomi yang pantas memaksa kita juga harus sentiasa memahirkan diri. Jika tidak, kita terus tertinggal. Namun, ramai antara kita sudah "terlalu selesa" hingga tidak mahu "perubahan". Mungkin "selesa" dgn jawatan, tugasan, kerusi empuk n emolument.

Tpt korang ada ke perutusan hari pekerja, sambutan, tema tertentu, perhimpunan atau lain2 aturcara sbg platform untuk semangat teamwork serta "roh pekerja". Mungkin kat tempat korang ada, tempat aku, Alhamdulillah semua "tema hari pekerja" sentiasa di "hati" kami..... ehem2 , yer ke......

Walaubagimanapun, mcm biasa ayat klese, Bersyukurlah kerana sbg pekerja kita masih punya "KERJA". ALHAMDULILLAH. Dalam keadaan ekonomi global tidak menentu, ramai pekerja yg "khidmatnya tidak lagi diperlukan" . Oleh itu, bekerjalah kerana ianya juga "Ibadah", bekerja kerana Allah, mencari rejeki halal untuk kelangsungan keluarga.

Selagi namanya Pekerja, harus terus Bekerja, Mengerjakan n Dikerjakan.

Thursday, 28 April 2016

Periuk n Pasir

Entah mengapa hari ini aku agak "tersentuh" dengan perkataan "periuk" dan "pasir". Kenapa ya, usah tanya lebih2.

Apa itu periuk n pasir? Maksud mudahnya periuk adalah alatan @ bekas untuk memasak. Pasir pula adalah satu bahan untuk adunan binaan yg asalnya drpd sungai, lombong n pantai.

Periuk digunakan untuk memasak n pasir digunakan untuk pembinaan. Periuk seharusnya menjadi bekas yg hanya "layak" diisi oleh bahan mentah untuk dimasak menjadi makanan. Manakala pasir hanya layak diadun bersama simen untuk kerja pembinaan.

Bolehkah periuk bersatu dengan pasir??? Nak masak pasir ke!!! Ini kerja gila. Mana mungkin keduanya bersatu.

Namun, tuan punya periuk, yakinlah rejeki ini milik Allah. Pasti ada hikmah tersirat yg perlu dimunasabah n ditafsirkan. Buat tuan punya pasir, usah "bazirkan" pasir yg tak banyak berbaki itu. Letakkanlah pasir ditempat yg sesuai sepatutnya.

Periuk carilah beras untuk hidup. Pasir pula, fahamilah dirimu bukan untuk periuk.

Selamat maju jaya periuk n pasir. Yakinlah semua Allah Yang Punya.

Wednesday, 27 April 2016

Cabaran @ Ujian @ Harapan

Hari ini telah berlangsung AGM Kelab D'Plantations Kali Ke 6. Sejujurnya inilah kali pertama aku hadir dlm AGM D'Plantations, dengan kata lain aku memang tak pernah hadir dalam AGM yg lepas2.

Apa sebenarnya Kelab D'Plantations? Yang aku faham ini spt kelab sosial anggota THPB ibupejabat beriadah, bersukan n aktiviti kebajikan. Sebahagian besar aktivitinya lebih kepada sukan terutamanya penyertaan dlm Karnival Sukan TH. Yang bagusnya pencapaian kontingen THP sentiasa "bagus" n "membanggakan".

Hari nie aku berkesempatan utk hadir, kira "sejarah" la. Namun yg lebih "sejarah" nye , aku " secara tak sengaja" dipilih untuk menganggotai ajk kelab. Terkedu, Terkujat, Tergamam, dan Ter Ter Ter yg lain aku dibuatnye. Jawatan Setiausaha!!!! Adoiiiii, aku yg demam ke "mereka" yang demam sbb "tersalah, tersasul terangkat tangan". Hehehe.

Mungkinkah ini " kifarah" n "balasan" atas "kelancangan" aku sebelum ini. Adakah ini merupakan "cabaran" yg "mencabar" aku. Adakah ini juga satu " ujian" yg mahu " menguji" aku. Entahlah....

Walaubagaimanapun, aku menghormati "keputusan" ini, mungkin ini satu "harapan". Terima kasih atas penghargaan ini.

Team Work, Supportive n Creative perlu dibentuk. Ini kelab kita, kita2 semua yang punya. Terima kasih kpd Mantan Ajk lepas yg aku rasa cukup "berjaya" n "membanggakan". Ini satu cabaran buat ajk baru untuk meneruskan "kebagusan" ajk yg lepas.

Tapi.... mcm mana #sikakibangku# spt aku nak jd "runner" dlm club....

Sunday, 24 April 2016

Muster @ Roll-Call

Antara perkara yang 'menarik' dalam dunia 'estate' adalah 'morning muster' @ 'roll-call'. Secara ringkasnya 'muster' @ 'roll-call' boleh aku katakan adalah:-

1. Perhimpunan semua 'estate management', 'field staft' dan 'checkroll workers' pada awal pagi sebelum memulakan kerja. Jika estate di Semenanjung bermula jam 6.30 am, di Sabah jam 5.30 am dan di Sarawak jam 5.45 am.
2. Semua 'checkroll worker's' akan berbaris dalam kumpulan kerja @ 'gang' masing2. Ketua Gang @ Mandore akan mengetui baris hadapan dan field staft @ conductors dan Estate Manager serta Asst Manager akan berada di hadapan mengadap perbarisan.
3. Kehadiran @ attendance akan direkod pada Buku 'pocket checkroll'. Mandore atau conductor akan panggil nama sorang2 dan workers akan menyahut " Ada" sambil tangan diangkat hehehhe. Antara code yg digunakan spt N untuk normal present, A untuk absent, S sick, H, L dan lain2. Kebiasaannya kehadiran muster bukan penentu 'kong' @ 'gaji harian' yg penuh. Namun kehadiran muster adalah mandatory.
4. Semasa roll-call, Estate Manager @ Asst Manager akan memberi peringatan berkaitan kerja, kualiti kerja, keselamatan n banyak lagi. Kalau Bos tak puas hati contohnya ffb unripe @ buah muda, pagi nie memang kena 'ceramah' la hehehehe.
5. Bacaan Doa memohon Keberkatan, Kerahmatan, Perlindungan daripada Allah. Yg non Muslim dok diam, doa dlm hati agaknya.
6. Bacaan Ikrar pematuhan keselamatan pekerja yg diketuai oleh seorang pekerja dan diikuti Ikrar secara beramai2. Bergema suara di subuh hari hehehehe. Tapi tak semua estate yang amalkan.
6. Asst Manager n conductor akan membuat pembahagian tugas, programme hari tersebut iaitu jumlah pekerja, jenis kerja, field area @ block untuk semua kerja termasuk harvesting @ maintenance yg direkodkan dalam document 'muster chit'.
7. Workers bersurai dgn tractor @ motorcycle.

Ini semua apa yg aku paham berkaitan muster @ roll-call berdasarkan pemerhatian n pembacaan SOP syarikat. Apa yg menarik nye, amalan Ini diamalkan sejak zaman colonial semasa mat saleh mengetuai pengurusan ladang dulu, mungkin lebih dari 100 tahun yang lalu.

Terkenang kenangan pertama hadir proses roll-call pada Januari 2004. Bulan pertama aku lapur diri sebagai auditor di THP, aku di hantar training ke Kompleks Kota Bahagia selama seminggu. Aku perlu lapor diri kepada SM Sungai Mengah masa itu "Pak Arip" ( dah bersara dengan jawatan terakhir sebagai Planting Advisor di THP). Hari pertama lapor diri Pak Arip bagi penerangan ringkas berkaitan Estate Management bersama AM pd masa itu "Tn Mahya" ( sekarang dah jadi Manager di Enggang Estate THP) dan sorang lagi "Tn Yusri" ( dah berhenti ngan THP dan sekarang Manager Di PKNP).

Petang hari pertama di Sg Mengah, Pak Arip dgn loghat kedahnya " esok pagi aku ambik hang kat guest house kita pi roll-call". Aku angguk jer. Esoknya dlm jam 6.15 am aku dgr bunyi Honnnn dari Hilux Pak Arip, kelam kabut aku keluor dgn kain pelekat. Pak Arip bertempik " Hang tak mandi lagi ka" aku angguk jer. " hang ingat roll-call kui berapa ". Selamba aku jawab "8.30 pagi Tuan". " cehh, aku ingat hang tau, kui 6.30 la, dahh, esok ja hang p roll-call". Pak Arip beredar dgn muka bengang. Esok nya AM Mahya yg amik aku kat guest house hehehhe. Salah aku jugak sbb tak tanya roll-call jam berapa. Itulah pengalaman awal aku berkaitan roll-call.

Sempat aku tanya Pak Arip mcm mana asal usul nama roll-call. Pak Arip cakap, "zaman mat saleh dulu, masa morning muster, senarai attendance dlm kertas, depa gulung ja kertas attendance, masa muster, kertas yg gulung tadi di bukak n panggil nama sorang2, sbb itu namanya roll-call". Aku angguk jer.... Logic jugak hehehhe.

Hakikatnya, roll-call nampak mcm 'old school' tapi ianya satu proses yg penting n ada 'seni' tersendiri. Aku dapat simpulkan :-
1. Proses perancangan kerja harian.
2. Maklumbalas pengurusan secara terus n berkala secara harian.
3. Hubungan inter personal secara langsung.
4. Mood pagi yg segar untuk memulakan tugas.
5. Kerohanian iaitu memulakan kerja dgn doa mohon Keberkatan n bantuan Allah.
6. Ikrar keselamatan pekerjaan yg refresh secara harian kepentingan penjagaan keselamatan semasa kerja.
7. Rekod dokumen yg teliti n systematic.

Sebagai auditor kami perlu hadir pada sesi roll-call untuk membuat observation dan semakan rekod pekerja. Mana tau takut2 ada 'pekerja hantu' hehehhe, skg susah mau cari 'pekerja hantu'. Apa itu 'pekerja hantu', nx time aku cerita.

Sesi roll-call terbaru yg aku hadir adalah di Sg Tenegang Estate, Lahad Datu, Sabah pada April 2016.

Terfikir jugak, di hq ada ke perancangan tugas harian dan ada ke bacaan doa secara beramai sebelum mulakan tugasan, mmmmmm. System Kerja di estate ada "Seni" nya yg unik, menarik n boleh dijadikan contoh dlm amalan harian.

Friday, 15 April 2016

#Dakwah

Pagi nie sempat dengar tazkirah Ustaz Hadi kat Dewan Perkasa THP, program mingguan setiap jumaat di office aku bermula dgn Bacaan Yaasin, Tazkirah, Solat Sunat Dhuha n Solat Hajat. Penghujung program pastinya "sapedek" @ soru @ makan2, yg ini mmg best sbb makan free hehehehe.

Aku tak mau ulas pasal kehadiran 'muka yg sama' atau pasal lain2 yg agak 'sensitive' sbb nant ada plak yg 'sentap' n kata aku 'kaki comments '.Namun, aku nak ucap banyak2 terima kasih pada Pengurusan Syarikat kerana memberikan ruang n peluang utk program n majlis ilmu seperti ini.

Pagi nie Ustaz Hadi lebih focus pada tajuk "Dakwah". Dari aspek bahasanya, "Dakwah" bermaksud: Menyeru, Memanggil n Mengajak. Atau mudah pahamnya yg selalu kita dengar, "Menyeru Ke Arah Kebaikan, Mencegah Kpd Perkara Keburukan".

Pada awal tazkirah, sejujurnya "mata ini" hampir "tertutup" walaupun "telinga" terus mendengar. Namun aku "gagahi" jua untuk tidak "lelap". Tapi bila mana Ustaz Hadi mengulas isu "Dr Zakir Naik", mata "membulat mekar" kembali.

Aku tak mau ulas pasal DZN, tapi aku tertarik dgn ulasan Ustaz Hadi iaitu, semua orang boleh berdakwah Ke Arah Kebaikan n tidak semestinya Dakwah itu hanya dibuat dikalangan para Agamawan, Ustaz n Ustazah.

Dakwah bukan hanya tertumpu dlm ceramah, kuliah n tazkirah sahaja. Tingkahlaku, perbuatan n cara hidup yg baik berlandaskan agama juga adalah cabang kepada Dakwah.

Namun dlm dunia siber skrg, Dakwah lebih moden dlm bentuk penyampaian n penulisan Di dalam Internet, blog, fb, twitter, w.app n lain2 media. Namun, pokok pangkal nya Berdakwah walau apa juga caranya, harus punya ilmu n kefahaman kerana takut TERSALAH fakta, guru, rujukan yg akhirnya takut mengambil KEPUTUSAN/KESIMPULAN yang salah.

Antara lain yg menarik minat aku bila Ustaz mengulas berkaitan "Hikmah" iaitu Berdakwah dengan cara yg Behikmah sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad n Para Sahabat.

Rupanya Dakwah Untuk "MENGISLAMKAN" orang Islam lebih sukar daripada MENGISLAMKAN orang bukan Islam.

Akhirnya Berdakwahlah dgn Hikmah menggunakan kaedah sesuai dgn golongan sasar, menggunakan gaya bahasa yg sopan n bijaksana dgn ilmu.

Jika kita tidak mampu berdakwah, usah halang usaha Org lain untuk berdakwah.

Monday, 11 April 2016

#KakiBangku

Entah kenapa hari ini aku agak 'tertarik' dengan perkataan 'kaki'. Perkataan Melayu banyak memberi 'maksud tersirat' termasuk 'simpulan bahasa' yang menggunakan perkataan 'kaki'.

Selalu kita mendengar, mengguna dan menggelar seseorang dengan perkataan 'kaki'. Contohnya 'kaki bangku', 'kaki ayam', 'kaki tempang ', 'kaki capek', 'kaki kiri' dan 'kaki kanan '.

Tapi zaman skrg, perkataan 'kaki' juga telah 'upgrade' n ada unsur sinis yg tajam menikam tertikam 'makan dalam '. Contohnya 'kaki bodek', 'kaki kipas ',' kaki ampu', ' kaki botol ', 'kaki betina', 'kaki golf', 'kaki karok', 'kaki motor', 'kaki makan', 'kaki panjang', 'kaki lipat', 'kaki untut', 'kaki tibai', 'kaki komen', 'kaki bantai', 'kaki clubbing', n banyak Lagi.

Tapi ada juga 'kaki' yg baik maksudnya seperti 'kaki masjid ', 'kaki surau', 'kaki kuliah', 'kaki ceramah', 'kaki usrah', 'kaki kerja', 'kaki duit', 'kaki derma' n banyak lagi.

Aku 'terusik' dengan perkataan 'kaki bangku '. Zaman sekolah dulu, 'kaki bangku ' adalah simpulan bahasa yang membawa maksud seseorang yang tidak pandai bermain bola n bersukan. Terus terang, aku tergolong dalam 'kelompok ini', hehehehe.

Malu ke jadi 'kaki bangku'?  Malu la jugak kan... Hehehehe, Tapi Tak bermakna Org yg digelar 'kaki bangku' tidak langsung 'bersukan' kan. Tak kira apa jenis sukan, asal kan matlamatnya untuk 'kesihatan' hatta berjogging, berjalan2, ataupun indoor kat rumah. Bukan nak bertanding pun hehehehe. Tak bererti pasif n anti social hehehehe.

Walaubagaimanapun, jika kita punya 'bakat' n 'minat' untuk bersukan n sertai pertandingan itu adalah baik n advantage. Boleh diteruskan. Kalu zaman sekolah n kat 'u', itu satu kelebihan.

Walau apa pun jenis 'kaki' yang kita ada, teruskan 'berkaki' dengan 'kaki' sendiri serta menggunakan 'kaki' ke jalan yang diredhai Allah. Moga 'kaki' ini membawa kita ke SYURGA.

Thursday, 11 February 2016

Tok Guru Dalam Kenangan

Tanggal 12 February 2016 genap Setahun Arwahyarham Tok Guru Nik Aziz meninggal dunia. Beliau antara tokoh yg aku sanjungi selain dsai.
Nama Tok Guru cukup Harum malahan dihormati n disegani oleh majority rakyat Malaysia baik Muslim dan non Muslim, teman politik atau lawan.
22 tahun memegang amanah sebagai MB Kelantan, aku bukan Org Kelantan, tapi aku bangga punya Pemimpin spt beliau.
Jika sebut namanya, apa yg terbayang dlm fikiran kita? Pasti nya raut wajah bersih, tersenyum, simple, Zuhud, Berilmu, Tegas dalam keputusan kepimpinan n Berkarisma.
Walaupun pelbagai cabaran, tekanan, tohmahan, cercaan, sindiran yg beliau terima semasa mengetuai Kerajaan Pas Kelantan, beliau tetap konsisten dlm urusradbirannya.
Aduhai Tok Guru, kami rindu akan susuk Tubuh mu, kami rindu akan bait tutur kata ilmu mu, kami
Rindu dgn lontaran kritikan n pandangan mu, kami rindu akan suara vocal serak basah mu.
Menjadi MB pasti menjanjikan Kedudukan n kemewahan, tapi Tok Guru Kekal Zuhud Org nya. Rasanya ketua jkkk kat Felda Kemasul lagi 'berada' dr Tok Guru, apatah lagi adun n Ahli Parlimen lain.
Moga akan Lahir lagi ketua persis Tok Guru, tapi sayang aku tidak nampak lagi pengganti nya.
Moga Tok Guru n kami Semua bersama Golongan Beriman di Akhirat kelak, Ameen.

Al Fatihah.

Wednesday, 10 February 2016

Kisah Pak Aji

Pak Aji Seorang Pekebun. Memulakan kerjayanya dgn 'makan gaji' sebagai pekerja ladang. Walaupun hanya menerima gaji harian, Pak Aji tetap tekun bekerja disamping mencari ilmu dlm dunia perladangan.
Berkat usaha mengumpul wang, Pak Aji memulakan langkah awal dgn memajak / sewa tanah utk berkebun. Dgn pengalaman n ilmu yg diterima selama ini, Pak Aji berusaha dgn gigih membangunkan tanah tersebut.
Tanaman Pak Aji subur n menjadi. Berkat usahanya, Pak Aji ditawarkan 'tanah kurnia' daripada Ketua Kampung utk diusahakan.
Kebun Pak Aji makin membesar n menguntungkan. Pak Aji kini sudah mampu menggajikan ramai pekerja. Makin banyak 'tanah kurnia' yg Pak Aji terima makin luas 'land bank' Pak Aji.
Pak Aji bukan lagi hanya pekebun, kini Pak Aji adalah Pengusaha Estate kerana tanaman n keluasan 'land bank' nya makin berkembang.
Pak Aji tidak pernah lupa dgn tanggungjawab membayar zakat pada tepat masa disamping program csr untuk bantu Masyarakat kampung.
Satu hari Pak Aji didatangi oleh org2 teknokrat yg memberi cadangan utk disenaraikan company Pak Aji ke papan bursa di peringkat Daerah.
Dgn bantuan ahli2 teknokrat di peringkat Daerah, company Pak Aji kini makin berkembang bukan lg hanya dalam ruang lingkup kampung nya sahaja, malah kini telah melebarkan sayap ke luar Daerah.
Bila makin dikenali, Pak Aji banyak menerima tawaran utk mengembangkan 'land bank'. Namun, Pak Aji tidak punya Dana yg mencukupi utk membeli tanah baru n pembangunan tanah.
Tiada lagi 'tanah kurnia' spt mana sebelum ini yg Pak Aji terima drpd ketua kampung.
Dgn Kedudukan semasa company Pak Aji yg kukuh, Pak Aji dicadangkan utk buat pinjaman. Oleh kerana Pak Aji nie Org Islam, Pak Aji lebih berminat dgn sistem pinjaman berasaskan Islamic sesuai dgn title nye sbg Pak Aji.
Akhirnya pinjaman Pak Aji diluluskan. Dgn wang pinjaman yg diterima Pak Aji membuat tambahan 'land bank' dgn cukup drastic. Pak Aji x kisah tanah jenis apa yg dibelinya, asalkan land bank makin membesar.
Setelah habis wang pinjaman digunakan, tanah dibangunkan dgn perancangan yg dibantu oleh teknokrat yg Pakar. Namun, Pak Aji lupa aspek potential, risk, return investment, break even point, keupayaan membayar hutang.
Wang pinjaman telah habis, land bank pak Aji tidak semua dapat dibangunkan kerana pelbagai masalah.
Hutang tetap hutang, Pak Aji tetap kena bayar ikut jadual perjanjian. Bila cash makin menyusut, Pak Aji makin serabut. Tetiba Mak Aji bersuara, " alahai bang Aji oiii, dulu kita rumah kecik jer, tapi kita happy Sbb cash banyak, hutang x der, nak g holiday ke, nak shopping ke, nak buat family day, bila2 mass boleh. Bayar zakat pun X pernah culas. Tapi skrg....... Rumah kita besar, keter kiter mewah, company kita gah. Tapi hutang kita keliling buah pinggang, jantung, paru2 n satu badan. Silap2 2 @ 3 keturunan tak abis bayo utang. Skrg nie tido pun mimpi hutang abg Aji oiii, apa mau bikin lg abg aji'
Pak Aji terdiam tidak terkata2. Pak Aji hanya mampu mengakui kata2 Mak Aji hanya dalam hatinya sahaja..

Sekian ini hanya sketsa drama yg tiada kena mengena dgn sesiapa. Mungkin reality di luar, banyak yg mengalami spt Pak Aji. Pepatah ada berkata, ukurlah baju mengikut badan sendiri. Pak Aji mampu berkembang Maju Jika mempunyai planning yg telus, realistic n terancang. Dgn mengambil Kira Pengurusan Risiko, Cashflow Projection yg realistic, return investment, Pengurusan pinjaman, potenti land bank, n lain2 aspek teknikal, Pak Aji mampu Berjaya dgn slow n steady.

Pak Aji masih boleh mengatasi semua ini, pasti ada solusi nya... Tapi bagaimana?????? 

Friday, 29 January 2016

Pembukaan Tahun 2016 Penuh Drama

Melangkah ke Tahun 2016 penuh dengan dramatic, keliru, celaru n buntu. Apa sudah jadi?

Dlm situasi nilai RM yg menguncup, bnyk industry terkesan, yg nampak ketaranya pasti oil n Gas. Gergasi gagah perkasa spt Petronas pun terkesan hingga mengambil tindakan drastic mengurangkan belanjawan modal dan operational cost hingga memberi kesan kpd tindakan utk mengecilkan bilangan tenaga kerja.

Pastinya banyak lg industry n gergasi yg lain turut terkesan spt banking, komoditi, property, manufacturing n bnyk lg. Jika gergasi pun goyah, apatah lagi company berskala sederhana n kecil, pasti mengah, tercungap n termuntah2.

Isu lain yg menjadi dramatic pada awal tahun pastinya isu 1mdb, src, derma, kerabat raja Arab. Pening lalat, pening langau n pening nak muntah bila banyak pikir pasal isu nie, terlalu sensitive giler, mmg boleh giler. Aku yakin kebenaran akan menjelma Akhirnya.

Isu lain yg menjadi viral n bualan panas pasto isu pasal surat dr Gabenor BNM kpd TH... Adoiii ini pun boleh bikin panas Kalu ulas panjang2, kalu salah ulas mau kena menghadap HR Hehehehe. Aku juga yakin, kebenaran akan menjelma juga nanti.

Yg terbaru isu pelarasan semula bajet negara. Bila harga petroleum jatuh teruk, pendapatan negara terjejas, Maka bajet yg telah dibentangkan terpaksa dibuat pelarasan. Mmmm apa mau jadi nie.. Critical ka??!?, kalu x critical x kan kena review!!!!  yg menjadi bualan pasti pilihan pengurangan 3% caruman kwsp pekerja. Maksud nya mengurangkan tabungan utk menampung n menggalakkan rakyat berbelanja... Atau bahasa mudah paham, bg tampung sikit bebanan kenaan Gst 6% yg ditanggung oleh Pengguna. Adoiii, makin pening dibuktikan.....

Yg betul2 panas pastinya suhu di kedah naik mencanak, apa lg isu nak guling DSMM. Rakyat dok pening pikir masalah Kewangan keluarga yg tak menentu, hampa dok atur strategy nak berguling, bergulung, melompat n menjerat. Apa nieeeee!!!! Dah x ada kerja lain ka Org politik nie.....

Yg masih panas juga isu TPPA. Ahli Parliament yg Arif, bijaksanasini, cerdik pandai n Bistari mentari secara majority telah memberi mandat utk kerajaan Malaysia utk menandatangani persetujuan TPPA, mmmmm dah abis pikir ka!!!

Melangkah ke Tahun 2016, kita dihitung dgn pelbagai isu. Selamat Maju Jaya, Ayuh kita berdoa Moga Allah melindungi Malaysia..